Monday, March 30, 2009

Ucaptama ‘Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN’ di Bangkok



SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

30 Mac 2009 - Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menyampaikan ucaptama di Forum Krisis Ekonomi Sejagat Dan Masa Depan ASEAN di Universiti Chulalongkorn, Bangkok pada 30hb Mac jam 1.30 PM. Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas menteri kewangan itu akan membicarakan krisis kewangan mutakhir ini di dalam konteks kepimpinan beliau pada tahun 1997; sewaktu krisis kewangan yang melanda Asia. Beliau juga akan menawarkan beberapa pandangan di dalam membentuk Asean yang stabil serta makmur.

Professor Pirom Kamolratanakul, Rektor Universiti Chulalongkorn akan menjadi hos forum tersebut manakala HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, Wizurai Bangkok dan mantan Timbalan Menteri Luar Thailand akan menyampaikan ucapan pendahuluan.

Acara ini adalah sebahagian dari siri syarahan oleh pemimpin ASEAN terkemuka bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan cita-cita untuk pembangunan demokrasi serta perkembangan rantau di tengah dunia yang melangkah pesat ini. Forum ini dianjurkan oleh Thailand Political Database Project.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
WACANA EKONOMI UMMAH 2009
“KRISIS EKONOMI SEJAGAT: CABARAN DAN HALUAN”
UCAPTAMA OLEH : YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DI UNIVERSITI INDUTRI SELANGOR (UNISEL)
28 Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430



Saya hargai penghormatan yang diberikan untuk menyampai ucaptama dalam program “Wacana Ekonomi Ummah 2009” bertajuk “Krisis Ekonomi Sejagat: Cabaran & Haluan.” Tahniah kepada penganjur Dewan Perdagangan Islam Malaysia cawangan Selangor bersama UNISEL dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor.

Para pakar ekonomi sedang menganalisis dan membedah punca kegawatan ekonomi sejagat yang tercetus akibat dari krisis kewangan dan ekonomi Amerika Syarikat ini. Umumnya mereka merumuskan kegawatan tersebut sebagai berkaitan dengan “greed and aversion to risks”- tamak haloba dan keasyikan tanpa mengambil kira risiko terhadap dana rakyat yang melabur sebagai salah satu punca tidak dapat disangkal lagi.

Ramai perencana serta pengurus ekonomi juga kewangan tersohor seumpama Alan Greenspan tersentak. Beliau mengakui pengalaman dan ilmu selama setengah abad tidak mampu membantu serta mencakupi bagi menyelesaikan serta memahami krisis mutakhir ini.
Beliau merupakan antara pemuka ekonomi yang berbicara dengan yakin di samping mengingatkan dunia bahawa lonjakan pasaran modal dekad 90an sebelumnya didorong oleh keghairahan berlebihan- irrational exuberance-, bukannya bersendikan dari asas kekuatan ekonomi yang kuat.

Pengukur kekuatan syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham umpamanya haruslah prestasi dan keupayaan syarikat. Tetapi prinsip tersebut diketepikan dan dagangan syarikat disandarkan dengan perjudian; maka bursa saham beralih seolah kasino baru.

Krisis Kewangan dan Ekonomi Global yang melanda sekarang harus meyakinkan kita bahawa pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan dari isu akhlak dan etika. Inilah yang dikemundangkan oleh ulama dan sarjana Islam bahawa paksi pembangunan dan pertumbuhan berkait rapat dengan prinsip asas pembangunan insan seutuhnya ke arah hasanah dan ketakwaan.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Surah Asy Syams ayat 7-10

Tanpa berpaksikan prinsip tersebut, maka amalan korporat tercemar; lebih lagi manakala bersekongkol dengan penguasa rakus. Amanah rakyat dikhianati. Masih tersemat dalam ingatan, bagaimana keras tempelak Bapak Mohammad Natsir, pemimpin umat serantau, terhadap pemimpin Indonesia ketika itu yang ghairah menjana pertumbuhan dengan mengenepikan prinsip keadilan dan akhlak serta membenarkan penindasan, juga menghalalkan kefasadan sosial,­­ “ membangun sambil merobohkan”, yakni membangun industri dan gedung tetapi dalam masa yang sama merelakan penindasan dan meruntuhkan akhlak.

Arakian tidak janggal lagi jika kita kembali kepada landasan dan meneruskan wacana ekonomi yang menjana pertumbuhan negara dan pembangunan insan.

Benar, kedudukan ekonomi sejagat mutakhir ini tidak membantu, namun ini tidak menjadi alasan kepada pengurusan ekonomi negara menjadi tidak bermaya serta kaku. Kita tidak boleh menafikan kenyataan antara sebab ekonomi sejagat dan negara Malaysia melemah ialah kerana permasalahan sistemik yang mencakup isu keyakinan, prinsip keadilan serta akhlak.

Justeru pengurusan ekonomi seharusnya mempunyai keupayaan untuk lebih pantas bertindak memulihkan keyakinan dan melibatkan perubahan menyeluruh dan sistemik.

Kelemahan dan kelekaan pengurusan ekonomi negara ini menyebabkan kita terjerumus, dengan apa yang disifatkan oleh John Maynard Keynes dalam The Great Slump of 1930 sebagai:

Hari ini kita menjerumuskan negara ke dalam kekalutan yang dahsyat (colossal muddle), kerana kegagalan mengawal mekanisma yang sebegitu halus, serta tidak mampu kita fahami. Hasilnya, kita berkemungkinan besar kerugian untuk satu jangka masa yang panjang.
bersambung.....

Thursday, March 26, 2009

SELANGOR SERTAI KEMPEN 'EARTH HOUR'....!!!


KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2009

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan besar hati mengumumkan kesediaan menyertai
kempen pada hari sabtu ini 28hb mac 2009, jam 8.30 malam. Berjuta rakyat di dunia akan memadamkan lampu selama satu jam sempena simbolik komitmen untuk mengurangkan pemanasan global dunia.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang paling membangun di Malaysia, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap pemasalahan ini serta menyedari tanggungjawab besar bagi
merencanakan satu jalan penyelesaian. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya menyatakan bahawa semua anak syarikat akan turut serta dalam kempen ini termasuk juga semua bangunan-bangunan Kerajaan serta pusat membeli belah.

Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah
merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada
pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang.

Kerajaan Negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesan
pemanasan global seperti kurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan tenaga secara lebih berhemah, berjalan kaki atau mengayuh basikal bagi menggantikan kenderaan, menggunakan pengangkutan awam berbanding menngunakan kenderaan sendiri dan terus memelihara serta memulihara hutan dan alam sekitar.

Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah merupakan satu pelaburan bagi generasi akan datang dan juga adalah sebahagian daripada pakej rangsangan termasuk plan pengangkutan yang menyeluruh serta melindungi kawasan-kawasan sensitive yang juga merangkumi polisi baru Kerajaan Negeri.

Sejak setahun yang lalu, rakyat Selangor telah mengundi untuk perubahan dan Kerajaan Negeri
juga berharap semua rakyat akan dapat turut serta member sokongan bagi melindungi alam
sekitar. Sabtu ini, rakyat Selangor akan mencipta sejarah menjadi rakyat paling ramai di Malaysia yang menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, March 23, 2009

JOM KE KARNIVAL USAHAWAN....!!!!


Saudara-saudari di jemput ke Karnival Gerak Usahawan Siswa 2009

Tarikh : 27,28 & 29 Mac 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa : 8.30 pagi-6.30 Petang

Tempat : Kampus UNISEL Seksyen 7, Shah Alam Selangor

Program : -Pameran Dagang, Pameran Akademik, Seminar Keusahwanan & Pertanian, Sukan Rakyat, Catur Bistari & Wacana Ekonomi Ummah

Sunday, March 22, 2009

TAHNIAH PADA SEMUA PESERTA....!!!!



Tahniah pada semua peserta termasuk dari Bahagian Pandan, Ampang, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Puteri juga individu-individu yang telah menjayakan program WORKSHOP TEAM BUILDING DAN GERAK / PERANG SARAF sehingga selesai program...!!!



Saya pasti mereka yang hadir program ini akan dapat bekalan ilmu yang amat berguna sebagai panduan bagaimana mengoptimakan kecermelangan organisasi masing-masing.



Kepada penceramah....! Bahagian Putrajaya mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan masa dalam menjayakan program ini. TERIMA KASIH...TERIMA KASIH..!!!

Monday, March 16, 2009

AKHIRNYA 'DEMOKRASI' MATI DIBAWAH POKOK.....!!!


IPOH, 15 Mac: Lima pokok serta plak khas untuk demokrasi yang ditanam di bawah pokok Sena, 100 meter dari Dewan Undangan Negeri Perak dimusnahkan sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.Menurut sumber, arahan pemusnahan itu dibuat oleh MB Perak dari BN sendiri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI.

Sunday, March 15, 2009

Pakej RM60 Billion: Untung Sekerat Rugi Rakyat dari TV ANTARA....!!



Tetamu khas adalah:

YB DR ZULKIFLI AHMAD- AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
YB WILLIAM LEONG- AHLI PARLIMEN SELAYANG

KLIK VIDEO BHG. 1
KLIK VIDEO BHG. 2
KLIK VIDEO BHG. 3
BERSUBAHAT JATUHKAN KERAJAAN NEGERI : KSN KENA JAWAB...!!!



SHAH ALAM 13 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa Ketua Setiausaha Negeri (KSN) memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim , dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri berkata keadaan itu sekaligus menjatuhkan maruah pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri.

Friday, March 13, 2009

RAKYAT PUTRAJAYA.....
SILA BANGKIT.....!!!



SEKIRANYA BN MEMERINTAH.... TARIF AIR AKAN TERUS NAIK SETINGGI BUKIT SELAMBAU...!!!!
KERAJAAN PR..... TARIF AIR TERUS TURUNNN...!!!!
Kemukakan Bukti Jika Datuk Bandar dan YDP PBT Enggan Kerjasama...!!!
Thursday, 12 March 2009 •

KUALA LUMPUR, 12 Mac - (SK): Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim mengesa rakyat supaya melaporkan jika ada mana-mana Datuk Bandar, Yang DiPertua, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli Parlimen dan Ahli Majlis yang enggan bekerjasama.

Kerajaan negeri akan bertindak secara adil dan menyiasat aduan yang diterima secara keseluruhan dan akan memberikan kerjasama dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata pretasi mereka sentiasa dipantau melalui mesyuarat berkala setiap bulan yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

“Kita menggalakkan ahli-ahli majlis kemukakan aduan sama ada secara bertulis atau lisan dan bukti yang jelas agar kerajaan tempatan dapat diuruskan dengan sempurna,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 semalam.

Khalid berkata dalam masa sama kerajaan negeri akan membuat kajian semula tentang keberkesanan pentadbiran Datuk Bandar dan YDP. Katanya, kertas penyelidikan mengenai perkara itu sudah mula dikumpul.

“Saya jangkakan sebelum akhir bulan Mei kita akan kemukakan beberapa keputusan dari segi bagaimana pentadbiran Ahli Majlis dan pemantauan atas usaha-usaha yang dijalankan oleh Datuk Bandar dan YDP,” katanya.

Sementara itu, satu penyelidikan akan dibuat bagi membantu kerajaan negeri membuat keputusan mengenai rancangan memperkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.
Menurut beliau, kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan telah memperuntukkan RM20,000 bagi penyelidikan itu yang dijangka selesai pada penghujung Mac ini.

Thursday, March 12, 2009

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN....!



Siasat Segera Rosmah dan Najib !

Kenyataan Media
12 Mac 2009

Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan Double Standard

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK

SILA KUNJUNG AGRO BAZAAR RAMAI-RAMAI DI TAMAN WARISAN....!!!



Sila datang ramai-ramai ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Presint 16 pada 25 Mac hingga 29 Mac 2009 dan terbuka kepada semua rakyat.


Berbagai jualan di Agro Bazaar termasuk pelbagai jenis buah-buahan segar, jenis tanaman buah-buahan, bunga-bungaan, herba, orkid serta keperluan perkebunan seperti tanah bakar, tanah campuran, baja dan peralatan-peralatan pertanian kepada pengunjung ·

Pada malam 29 Mac 2009, Malam Seni Rakyat akan diadakan seperti persembahan kebudayaan dan tradisional.


Wednesday, March 11, 2009

PERTUNJUKAN HOT AIR BALLOON DI PUTRAJAYA PADA CUTI SEKOLAH....!!!


Pertunjukan Hot Air Balloon anjuran Perbadanan Putrajaya akan diadakan pada cuti sekolah pada bulan ini iaitu pada 19 Mac hingga 22 Mac 2009 di Dataran Putrajaya Presint 4.
Pertunjukan ini adalah sebahagian daripada Acara Sampingan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2009. Acara ini akan bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.
Segala makluman lanjut mengenai acara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sila rujuk ke Laman http://www.ppj.gov.my/

KERBAU SIAPA YANG TERLEPAS DI PUTRAJAYA...??




Orang ramai yang ada kehilangan seekor kerbau boleh membuat tuntutan dalam tempoh 10 (Sepuluh) hari dari tarikh tangkapan pada 03 Mac 2009. Sekiranya tiada tuntutan selepas tempoh tersebut, kerbau tersebut akan dilupuskan.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian 03-8887 7000 samb: 8036 atau 8856 atau hadir sendiri ke pejabat Bahagian Penguatkuasa, Aras 4 Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya.
Ini gambar kerbau yg dijumpai.

Tuesday, March 10, 2009

Selangor Excos' Assets Online For All To See...!!!


By Neville Spykerman and Asrul Hadi Abdulalh Sani

SHAH ALAM, March 10 – Selangor is making good on its promise to make public the assets of all executive councilors (Exco) members.
Asset declarations – one of the many promises in the Pakatan Rakayat manifesto – were also mooted by the Prime Minister but it was not implemented in the wake of March 8 general election last year.

In Selangor, all 10 exco members, including Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, have submitted their asset declaration forms to the State Secretary.
However, only assets obtained after exco members assumed the helm of the state administration will be made available for public scrutiny.

The Sultan of Selangor, in his royal address, at the opening of the second session of the 12th legislative assembly, today, announced that details of the assets of the Exco members will be available online.

The information will be online at selangor.gov.my from tomorrow (March 11, 2009).