Friday, May 7, 2010

MACC after Nurul Izzah or just doing its job?

S Pathmawathy
May 7, 10
2:31pm
After an exhaustive effort to corner Pakatan Rakyat leaders for monetary misconduct, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is now training its cross-hairs on débutante parliamentarian, Nurul Izzah Anwar.

The Lembah Pantai MP had received an email yesterday from the anti-graft body attached with a form to be filled with details of how her monthly allowance as a parliamentarian is expended.

Members of parliament are given a basic stipend of RM6,000 as well as additional remunerations among others for attending Dewan Rakyat sittings, accommodation allowance and travel expenses.

Opposition MPs, from DAP, PKR and PAS control 10 out of the 13 seats that fall under the Federal Territory.

"I get about RM13,000 in allowance (as a MP), and I can vouch that almost 100 percent is used to sustain my service centre, while 20 percent goes to our respective parties.

"We survive wholly on our allowance and maximise every penny for our programmes, although it is not an allocation.

francis siah uncensored nurul izzah interview 020608 02"They are putting pressure on me, don't get me wrong, we all for transparency and every penny earned is for the rakyat to know and we are accountable to the people," Nurul (left)said.

Previously, the MACC had taken seven Pakatan Rakyat Selangor state assembly representative to task in relation to the use of state funds in their respective constituencies.

The seven were Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) and Lauu Weng San (Kampung Tunku).

The graft busters had also interviewed several others connected with Yong's state fund allocation, and on one occasion his political aide Teoh Beng Hock who was being probed was found dead on the 5th floor landing of Selangor MACC building in Plaza Masalam, Shah Alam on July 15.

Difference between allowance, allocation

Although the inspection is not mandatory, Nurul appealed to the authorities to distinguish between an allowance given as a form of salary and the allocation granted for projects.

"I don't understand what the MACC is after... what about the RM1 million in allocation is given to Barisan Nasional MPs while for seats held by Pakatan MPs the allocation is channelled to BN divisions in the respective constituencies."

"We celebrate MACC's eagerness to investigate this but we also encourage them to exhibit the same enthusiasm to investigate where the where the RM1 million allocation is going," she told Malaysiakini.

NONEA check with DAP's Lim Lip Eng and PAS' Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (right) revealed they are to be asked to explain how their allowances are used up.

"I will never declare my expenditure because it is none of MACC's business. They should investigate the RM1 million MP special allocation given to Umno," said Lo' Lo' via a text message to Malaysiakini.

As the Federal Territory comes under the direct supervision of the government of the day, only three BN controlled constituencies namely - Setiawangsa, Putrajaya, and Labuan - receive allocations from the federal administration.

Sunday, May 2, 2010

KERUSI PARLIMEN SIBU...

Saya tak berniat nak jadi Timbalan Presiden PKR


Tulisan Syed Jaymal Zahiid dalam The Malaysian Insider tentang kononnya saya akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR adalah tidak benar sama sekali.

Seperti yang saya katakan tahun lalu, misi politik saya hanyalah setakat memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan membantu pihak pembangkang pusat dalam membentuk dan menghurai soal-soal dasar bersama.

Adalah menjadi harapan saya supaya keyakinan rakyat akan bertambah terhadap Pakatan Rakyat dalam usaha kita untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara.

Soal dalaman PKR dan soal siapa memegang jawatan-jawatan penting dalam parti bukanlah perkara yang penting kepada saya. Cuma kalau PKR menjadi kucar-kacir, misalnya, dan ini pula akan menjejaskan Pakatan Rakyat, maka sudah tentu ia menjadi perkara penting untuk kita semua fikirkan dan mengambil berat.

Tetapi jika keadaan seperti itu berlaku sekali pun, ia tetap menjadi soal kepimpinan Pakatan Rakyat yang perlu diambil kira oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan bukan soal peribadi untuk saya tentukan.

Saya ulangi sekali lagi bahawa saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan penting dalam PKR. Saya hanya bersedia membantu dan menolong PKR pada bila-bila masa selagi bantuan dan pertolongan saya diperlukan.

Ingatlah, usaha paling penting buat kita semua sekarang ialah meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif yang lebih baik daripada Barisan Nasional dalam usaha memulihkan kembali segala kelemahan dan kepincangan yang ada dalam sistem kerajaan kita.

Thursday, April 29, 2010

PENGHARGAAN...







SILA KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN...







Perbezaan Felda Korporat dan Felda Peneroka..

"Saya melihat kepada masyarakat Felda. Ada dua jenis Felda (1) Felda Korporat dan (2) Felda Peneroka. Felda diberi tanahuntuk bangunkan tetapi untung masuk kepada Felda korporat. Gaji-gaji bagi pengarah-pengarah mereka termasuk bonus hingga RM60,000.00 setiap bulan, tak sama seorang korporat dengan seorang peneroka.

"Harta Felda korporat lebih berganda dari Felda peneroka. Tanah diambil dari Negeri. Felda peneroka bincang nak cari pendapatan, Felda korporat bincang nak jual harta.
"Kalau kita tengok Filem P.Ramlee Antara Dua Darjat, tak ubah mengisahkan perbezaan antara Felda Korporat dengan Felda Peneroka, satu darjat korporat, dan satu lagi darjat peneroka.

"Pendapatan dimasukkan kedalam akaun Felda korporat, dan felda korporat menentukan berapa untuk sara hidup peneroka, berapa untuk baja, berapa untuk racun dan sebagainya.
"Berlaku ketidakadilan, kerja yang dilakukan oleh peneroka tidak setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi. Pembacaan akaun mesti menentukan Felda Peneroka boleh dapat pendapatan setimpal. Saya tahu saya boleh lakukan kerana saya pernah jadi eksekutif korporat dan juga menjaga ladang.

"Perdana Menteri tidak mahu faham. Kuasa tanah adalah dalam kuasa Kerajaan Negeri . Dulunya, Menteri Besar takut kepada Perdana Menteri, mereka sama-sama nak kelentongpeneroka.
"Kita buat kerja secara profesional, dan di Selangor, menjadi tugas Menteri Besar untuk menentukan peneroka mendapat hak mereka. Saya bukan saja menyokong, saya sekarang boleh beri hak tanah kepada peneroka.

"Kita akan semak semula Perjanjian. Peneroka yang membayar semua kos, setelah 15 tahun sudah selesai semuanya, tapi dalam tempoh 30 tahun mereka masih belum dapat geran tanah.
"Saya nak perkenalkan Datuk Zaid dan saya lantik beliau sebagai Ketua Petugas agar Peneroka Felda dapat hak mereka. Zaid boleh tulis dan buat Perjanjianbaru. Beliau akan lakukan.
"Kita akan ada dokumennya, Zaid bersama dengan Wawasan Kedua akan semak semula Perjanjian yang dibuat oleh Felda, kita akan dapat satu rundingan yang memihak kepada Peneroka.
"Dalam masa 3 bulan kita akan keluarkan satu kenyataan, kuasa penentu terletak ditangan Peneroka Felda.
"Semalam PM beri wang RM50,000 kepada Peneroka Sg Buaya. Tapi dia kena ingat, tanah berada dibawah kuasa Negeri; kalau tidak berintegriti kita pinta wang itu dipulangkan.
"Kita mahukan perumahan yang baik untuk mereka, Kerajaan (Selangor) bersedia buat penempatan untuk Generasi Kedua. Tugas ini saya berikan kepada YB Azmin Ali, dia Exco bertanggungjawab kepada PKNS.
"PR mahu keadilan untuk semua. Kalau ekonomi tumbuh, kenapa tidak Peneroka mendapat faedah darinya?

"Saya ulang balik seperti berikut:
(1) Jawatankuasa Petugas - Sdr Zaid Ibrahim tentukan pemilikannya dan dalam 3 bulan kita selesai tugas ini;
(2) Sdr Azmin Ali bertanggungjawab di PKNS untuk melaksanakan kawasan penempatan iaitu tanah-tanah yang berdekatan untuk Generasi Kedua Felda.
"Bekas MB yang dulu tak berani buat dan tak ada idea nak buat, dalam 2 tahun 1 bulan ini dah banyak kita buat untuk rakyat Selangor, dan kini kita mahu martabatkan masyarakat Peneroka Felda"
Dengan kata-kata itu Yang Amat Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim menutup secara Rasmi Himpunan Peneroka Felda anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pada 24hb April 2010 jam 4.00 petang di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Monday, April 26, 2010

KEPUTUSAN..

Jais sahkan tiada unsur politik..

Oleh SharpShooter

Apa punya teruk umno, saya memang solat jumaat di Bukit Sentosa. Tiada pula Hassan Ali berkhutbah politik kepartian dalam masjid. Cuma bila waktu berdoa selepas solat jumaat, beliau mendoakan... "berilah kemenangan kepada Islam...Ya Allah..."

Apakah ini yang dimaksudkan berpolitik dalam masjid? Mungkin umno terasa mereka bukan Islam agaknya...sebab itu mereka gelabah agaknya... Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menolak laporan akhbar mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa kelmarin berunsurkan politik.

Sebaliknya, khutbah yang dibaca Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Selangor itu lengkap dan mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh Jais.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman berkata, perkara itu telah disahkan oleh beberapa pegawai jabatan berkenaan yang ditugaskan membuat pemantauan di masjid itu.

“Tidak timbul isu beliau (Hasan) menggunakan mas- jid sebagai gelanggang berpolitik kerana Jais sendiri telah membenarkan beliau untuk menyampaikan khutbah di masjid tersebut.

“Malah, khutbah yang disampaikannya mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jais,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nurhamizah turut menolak dakwaan menyatakan Pesuruhjaya Pas Selangor berkenaan ‘terlupa’ membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menjadi rukun khutbah solat Jumaat.

“Dakwaan itu tidak benar kerana menurut pegawai kita yang berada di sana, solat Jumaat sah ke- rana beliau telah mengikut semua rukun solat dengan lengkap. Jadi, saya tidak pasti kenapa timbul dakwaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, beliau kecewa laporan akhbar yang telah menggunakan nama Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengesahkan dakwaan itu.

“Kenapa nama beliau turut dikaitkan sedangkan Datuk (Mohamed Khusrin) tidak pernah mengesahkan apa-apa mengenai dakwaan itu,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Saturday, April 24, 2010

JADUAL PROGRAM SABTU 24 APRIL..


Sabtu, 24/4/2010

7.30 am: Pasar Pagi Ulu Kali
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Radzali 012-3778022

8 am: Pasar Pagi Ulu Bernam/Tanjung Malim
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 am: Pasar Pagi Ulu Kali
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Salmiah Ismail 019-2436573

8.30 am: Felda Soeharto, Kampung Sungai Dusun
Program: Hari Keluarga
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Aishah 019-4570460

9 am: Markas Besar DUN Ulu Bernam
Program: Sarapan bersama Rakyat
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

9.30 am: Felda Sungai Tengi
Program: Pelancaran Konvensyen Anak Felda
Pemimpin: Tok Guru Nik Aziz, Datuk Zaid Ibrahim

10 am: Gedangsa, Kampung Sungai Dusun, Kampung Desa Maju, Kampung Sungai Tengi Selatan
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

10.30 am: Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu
Program: Walkabout & Tea Session
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

2 pm: Sungai Choh, Serendah, Bandar Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Hulu Yam Barat, Kampung Padang, Batang Kali, Bukit Rasa
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

2.30 pm: Kalumpang
Program: Perjumpaan dengan penduduk
Pemimpin: Tok Guru Nik Aziz

3 pm: Ulu Bernam
Program: High Tea

5 pm: Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali
Program: Perjumpaan dengan anak Kelantan
Pemimpin: Tok Guru Nik Aziz

5 pm: Taman Rasa, Kuala Kubu Bharu
Program: High Tea
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

7 pm: Taman Koskan
Program: Jamuan Masyarakat India
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

7 pm: Kerling, Kampung Air Jernih, Ampang Pecah, Bandar Kuala Kubu Bharu
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

8 pm: Pusat Komuniti Serendah
Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz

9 pm: Bukit Beruntung
Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

9 pm: Stadium Mini Kuala Kubu Baru
Program: Ceramah Perdana — Grand Finale
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, YB Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Samsudin 012-3247319

Friday, April 23, 2010

JADUAL JUMAAT 23 APRIL

6 am: Masjid Al-Hidayah, Kampung Kerandang
Program: Solat Subuh
7 am: Kampung Kerandang, DUN Hulu Bernam

Program: Sarapan/Mesra
: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Mej (B) Abdullah Zawawi 017-3933046
11 am: Bandar Utama Batang Kali

Program: Walkabout Rumah Kedai/Makan Tengahari

Pemimpin: Datuk Zaid IbrahimHubungi: Romizee 016-6551480
1 pm: Masjid Bandar Utama Batang Kali

Program: Solat Jumaat/Mesra JemaahHubungi: Romizee 016-6551480
4 pm: Bandar Kalumpang

Program: Minum Teh, Walkabout

Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Darus Baharudin 012-3141356
7 pm: Masjid Kampung Rasa

Program: Solat Maghrib
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Hubungi: Anaf 019-2146363
8 pm: Sungai Tengi, DUN Hulu Bernam

Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim
8 pm: Kampung Sungai Buaya, DUN Batang Kali

Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim
8.30 pm: Gelanggang Bola Keranjang, Pekan Rasa

Program: Makan Malam Cina

Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Hubungi: Segaran 016-2188745
9 pm: Program: Ceramah

Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hubungi: Firdaus 013-2112316
10 pm: Stadium Kuala Kubu Baru

Program: Pentas Srikandi & AMK – Malam Tangisan Gaza

Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Aishah 019-4570460
11 pm: Program: Ceramah
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Ragunathan 012-5408119
11.30 pm: Program: CeramahPemimpin: Datuk Zaid IbrahimHubungi: Arif 019-3414083

Wednesday, April 21, 2010

JADUAL RABU 21 APRIL


9 am: Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali
Program: Majlis Perhimpunan Pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 pm: Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kerling, DUN Kuala Kubu Bharu
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 pm: Padang Majlis Daerah Hulu Selangor, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Hadi Awang
Hubungi: Mat Rahat 012-2114355

8 pm: Taman Bukit Teratai, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Mat Rahat 012-2114355

Monday, April 19, 2010

JADUAL CERAMAH SELASA 20 APRIL..


8.30 pm: Berdekatan Bilik Gerakan Utama Kuala Kubu Bharu
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

10 pm: Bukit Sentosa, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim

11 pm: Kampung Sungai Tengi Selatan
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim

Kawasan mengundi dialihkan dari Hulu Selangor ke Selayang tanpa pengetahuan


HULU SELANGOR 18 APR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.

“Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.

“Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh,” katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.

Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.

Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.

“Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang,” katanya.

“Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.

“Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali,” katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.

Penipuan SPR/BN – 13,488 pengundi Hulu Selangor dialih


Malaysiakini – Pengarah pilihan raya PKR bagi kerusi Hulu Selangor, Fuziah Salleh mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu per lima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian yang lain daripada pusat yang mereka mengundi pada pilihan raya 2008.

“Ini strategi SPR untuk menggulingkan Pakatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru.

Katanya, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu seolah-olah ia parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertujuan mengurangkan undi kepada Pakatan Rakyat.

“Ini seolah-oleh SPR bertindak seolah-olah parti komponen BN, ia juga menunjukkan SPR melakukan tindakan ini (pindah pusat pengundiaan) dengan sengaja dan strategi SPR untuk menjatuhkan PKR,” katanya.

Ahli parlimen Kuantan itu juga mendakwa perkara yang sama berlaku di Selangor pada pilihan raya umum 2004.