
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli KEADILAN Putrajaya kerana hadir pada hari ini dalam menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai ahli KEADILAN.

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.
Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.
Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.
"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.
"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.
Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga.
"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya.
Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi.
Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.
Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai.
Katanya lagi, mesyuarat juga telah menerima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan anggota exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili menteri besar.
Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
SABAH: KEADILAN Sabah menyifatkan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengeluarkan 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah, hanya sebilangan kecil.
Ini kerana sebelum ini ramai pimpinan di Sabah mendedahkan jumlah yang lebih besar melibatkan projek IC pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia termasuk kenyataan Aktivis hak asasi, Dr Chong Eng Leong bahawa 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di negeri itu sehingga 2005.
“Jika diikutkan, angka 60,000 itu hanya segelintir, kerana jika dilihat pada pertumbuhan penduduk di Sabah dari tahun 80an hingga 90 an, ia bertambah sebanyak 86 peratus,” kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Dr Roland Shia Ming Shen.
Kata Roland, menurut www.sabah.org.my, statistik menunjukkan seramai 929,299 penduduk di Sabah pada 1980 meningkat kepada 1,734,685 penduduk pada 1991.
“Isu-isu seperti ini penting untuk rakyat sabah kita tak mahu orang asing masuk menggunakan ‘pintu belakang’ dan jalan mudah untuk menjadi warganegara,” katanya.
Sementara itu Timbalan Setiausaha Agung Ignatius Darell Leiking berkata perlunya penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyelesaikan masalah ini.
“Bagi saya sebagai penduduk Sabah, pemberian kewarganeragaan ini merupakan satu pengkhianatan bagi kami,” ujar beliau.
Justeru katanya, Buku Jingga Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat berhasrat untuk menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin yang berleluasa di Sabah.
“Kalau mereka masuk dengan sah, kita boleh terima tapi ia menjadi masalah kepada yang masuk tanpa permit dan isu pemberian IC pada PATI masih lagi tidak terjawab,” katanya.

KENYATAAN MEDIA
Petaling Jaya, Selangor, 12 September 2011.
Parti Keadilan Rakyat merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara yang menegaskan bahawa Negara yang kita cintai ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.
Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu. Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa Negara kita ini pernah dijajah atau
benar-benar dilindungi oleh British.
Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada. Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain. Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu.
Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya. Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dhoby, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?
Parti Keadilan Rakyat melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong UMNO dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.
Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya member nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya.
Parti Keadilan Rakyat menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Tel: 019-332-8302
Email: dr_manuty@hotmail.com
Kenyataan Media
Parti Keadilan Rakyat mengalu-alukan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di media massa bahawa punca perpecahan Melayu-Islam adalah kerana Kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Beliau juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati Dr Mahathir agar tidak memecat Timbalanya ketika itu iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.
Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin UMNO sendiri bermula dari Dr. Mahathir Mohammad (Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia). Kenyataan ini juga menjelaskan dengan terang bahawa perpecahan orang Melayu pada masa kini bukan di sebabkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gemburkan selama ini.
Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam. Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir Muhammad dan para kuncunya.
Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.
Justeru, bersempena dengan hari-hari terakhir bulan Ramadan yang mulia dan padanya diturunkan kitab suci al Qur’an, kita menyeru para pemimpin UMNO supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas DSAI demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya. Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap DSAI tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara.Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan , yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit.Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.
Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.
Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak
52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim.
Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.
Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.
Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.
Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu. Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.
Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman.Adalah difahamkan 400
juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim
supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato
Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.
Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan
Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.
Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.
Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.
Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.
Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).
t.t
(Anwar Ibrahim)
12.28 t/hari
30 Julai 1999
KUALA LUMPUR, Aug 18 — A former senior police investigator has questioned Putrajaya’s directive for all GLCs to drop civil suits worth billions of ringgit against Tan Sri Tajuddin Ramli, stating that the move raises the question of whether hundreds of millions of ringgit were being held by Umno nominees.
Datuk Mat Zain Ibrahim wrote in an article sent to The Malaysian Insider that the former MAS chairman held RM70 million in trust for Tun Daim Zainuddin(picture) who was finance minister during Tun Dr Mahathir Mohamad’s administration.
“The question of whether the money belonged to Tun Daim, or was shared with someone else or if it belonged to Umno will become an issue. In short, the public has the right to raise 1,001 questions on this issue,” said the former city CID chief.
Putrajaya had directed earlier this month all government-linked companies, including Malaysia Airlines and the national debt restructuring company Danaharta, to cease all civil suits against Tajuddin, a poster boy of the Mahathir-era plan to groom Bumiputera entrepreneurs.
Mat Zain today cited his privileged position as the investigating officer in 1995 when an unnamed minister and Umno supreme council member asked police to investigate money held in trust by another of Daim’s nominees, former Renong chairman Tan Sri Halim Saad.
“A few months before the 9th general election, several top Umno leaders were concerned that the hundreds of millions of ringgit controlled by Halim Saad would fall into the hands of a third party,” he wrote.
Mat Zain, who led the probe into former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s 1998 black-eye case, said that Tajuddin and Halim were among three Daim proteges named by Anwar in police reports made in 1999 alleging that Daim had received bribes worth hundreds of millions of ringgit while he was finance minister.
Mat Zaid added that included in the report were letters signed by Halim, Tajuddin and former Maybank chief executive Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah stating that they held RM117 million in shares, RM70 million in cash and RM150 million in cash for Daim respectively.
He said that in the course of his investigations, he believed all three letters to be genuine and the minister who asked police to initiate the 1995 probe into Halim did not deny the truth of the letters.
Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu. Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi. Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang. Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang. Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta. Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:
Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai. Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak. Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006. Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara. Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI 10 OGOS 2011 |


KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menyifatkan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai berat sebelah.
Menurut beliau, tindakan mahkamah itu jelas mengekang hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
“Penghakiman berat sebelah dan kelakar. Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan saya yang mencabar pengharaman buku kartun saya, “1Funny Malaysia” dan “Perak Darul Kartun” oleh Kementerian Dalam Negeri semalam.
“Saya sedih kerana mahkamah memilih untuk tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara seperti yang diperuntuk Perlembagaan, sebaliknya memilih untuk menyokong kerajaan bagi menekan kartunis editorial yang kritis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zunar berkata, walaupun beliau menjangkakan keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, namun beliau kesal tindakan hakim, Datuk Rohana Yusuf kerana bersetuju dengan kerajaan bahawa buku kartunnya boleh mengancam ketenteraman awam.
“Walaupun ia telah dijangka, tetapi saya amat kecewa dengan keputusan ini. Ketika membuat keputusan, Hakim Rohana Yusuf bersetuju dengan kerajaan bahawa kedua-dua buku tersebut mengancam ketenteraman awam yang menjadi alasan pengharaman oleh kerajaan.
“Tapi Rohana gagal menjelaskan isu penting: Bagaimana kedua-dua buku kartun itu boleh disifatkan sebagai mengancam ketenteraman awam? Yang mana satu dari 150 karya-karya kartun di dalam buku itu berbahaya untuk dibaca oleh orang awam?” soal Zunar.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pengharaman buku-bukunya bererti mahkamah gagal menghargai peranan kartunis yang dipraktikkan negara-negara demokrasi lain.
“Dengan menyokong pengharaman itu, bererti mahkamah gagal untuk menghargai peranan kartunis sebagai ejen ‘semak dan imbang’ seperti yang dipraktik oleh negara-negara demokrasi.
“Penghakiman ini membunuh masa depan kartunis-kartunis editorial yang boleh bersama menyumbang untuk membangun negara,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mahkamah sama sekali tidak mematahkan perjuangannya bagi membongkar rasuah dan salah laku kerajaan.
“Saya akan terus melukis untuk membongkar rasuah dan salah laku kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak) kerana ia merupakan tanggungjawab seseorang kartunis editorial. Saya akan merayu keputusan ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Gabungan aktivis golongan muda yang dikenali sebagai Generasi Bersih 709 hari ini berarak di perkarangan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menuju ke Avenue K, dekat sini sebagai simbolik penghormatan kematian Baharudin Ahmad semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
Rombongan yang diketuai oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon disertai lebih kurang 30 berbaju kuning masing-masing membawa bunga kekwa kuning dengan sepanduk Generasi Bersih 709 itu berarak secara aman tanpa kawalan polis.
Perarakan lebih kurang 200 meter itu kemudian berkumpul di hadapan Avenue K, sebelum mereka bertafakur dan membacakan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Baharudin.
Turut serta dalam perarakan itu, anak saudara arwah, Azhar Kassim yang turut membawa buku Perlembagaan Negara yang diikat reben kuning sambil mengibarkan jalur gemilang.
Ketika berkumpul di hadapan Avenue K, Khai Loon turut memberi ucapan ringkas mengenai perarakan itu ekoran kerajaan yang masih berkeras tidak memohon maaf kepada keluarga arwah Baharudin dan rakyat Malaysia yang berhadapan keganasan polis.
Selain itu, rombongan pelbagai kaum itu turut mendesak kerajaan mengadakan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.
Menariknya, kemuncak kepada perarakan itu meletakkan bunga kekwa kuning beserta sepanduk tertera Generasi Bersih 709 sebagai penghormatan kepada Allahyarham Baharudin.