Saturday, August 20, 2011

Laporan Polis Anwar Ibrahim Terhadap Rasuah Daim Zainuddin



LAPORAN POLIS

TUN HS LEE 20455/99

Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara.Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan , yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit.Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.

Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.

Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak
52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim.
Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.

Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.

Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.

Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu. Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.

Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman.Adalah difahamkan 400
juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim
supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato
Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.

Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan
Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.

Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.

Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.

Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.

Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).

t.t
(Anwar Ibrahim)
12.28 t/hari
30 Julai 1999

Mat Zain: Dropping Tajuddin suits raises doubt over Umno funds..

By Shannon Teoh
August 18, 2011

KUALA LUMPUR, Aug 18 — A former senior police investigator has questioned Putrajaya’s directive for all GLCs to drop civil suits worth billions of ringgit against Tan Sri Tajuddin Ramli, stating that the move raises the question of whether hundreds of millions of ringgit were being held by Umno nominees.

Datuk Mat Zain Ibrahim wrote in an article sent to The Malaysian Insider that the former MAS chairman held RM70 million in trust for Tun Daim Zainuddin(picture) who was finance minister during Tun Dr Mahathir Mohamad’s administration.

“The question of whether the money belonged to Tun Daim, or was shared with someone else or if it belonged to Umno will become an issue. In short, the public has the right to raise 1,001 questions on this issue,” said the former city CID chief.

Putrajaya had directed earlier this month all government-linked companies, including Malaysia Airlines and the national debt restructuring company Danaharta, to cease all civil suits against Tajuddin, a poster boy of the Mahathir-era plan to groom Bumiputera entrepreneurs.

Mat Zain today cited his privileged position as the investigating officer in 1995 when an unnamed minister and Umno supreme council member asked police to investigate money held in trust by another of Daim’s nominees, former Renong chairman Tan Sri Halim Saad.

“A few months before the 9th general election, several top Umno leaders were concerned that the hundreds of millions of ringgit controlled by Halim Saad would fall into the hands of a third party,” he wrote.

Mat Zain, who led the probe into former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s 1998 black-eye case, said that Tajuddin and Halim were among three Daim proteges named by Anwar in police reports made in 1999 alleging that Daim had received bribes worth hundreds of millions of ringgit while he was finance minister.

Mat Zaid added that included in the report were letters signed by Halim, Tajuddin and former Maybank chief executive Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah stating that they held RM117 million in shares, RM70 million in cash and RM150 million in cash for Daim respectively.

He said that in the course of his investigations, he believed all three letters to be genuine and the minister who asked police to initiate the 1995 probe into Halim did not deny the truth of the letters.

Wednesday, August 10, 2011

Najib gagal uruskan ekonomi


Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

PROJEK TERBESAR ETP

PELABURAN DIUMUMKAN

(RM BILLION)

GLC/BUKAN GLC

Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor

60.0

GLC (PETRONAS)

MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)

36.6

GLC

(sebuah syarikat khas ditubuhkan)

Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)

10.0

GLC

(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan Karambunai Integrated Resort City

9.6

Bukan GLC

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit

5.43

Tidak diketahui

Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1

GLC

(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor

5.1

Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)

3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi

4.0

GLC

(TNB)

Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang

3.0

GLC

(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)

Pembangunan MINES Wellness City

3.0

Bukan GLC

Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.

Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

10 OGOS 2011

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan....



*Berikut adalah sebahagian daripada isi tazkirah yang saya sampaikan pada malam kedua Ramadhan sewaktu mengimamkan solat tarawikh.

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.



Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan.

Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.



Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian,



Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum susah.



Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.



Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?



Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.

Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.



Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.



Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh.



Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.



Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.



Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.



Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

Thursday, July 28, 2011

Polis dapat imej buruk kerana tekanan politik..

PUTRAJAYA: Polis melakukan keganasan terhadap orang awam disebabkan tekanan politik, sekaligus memberikan imej buruk kepada pihak berkuasa itu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.Beliau berkata demikian ketika program “Debat Kematangan Demokrasi di Malaysia’ bersama Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid yang diadakan di sini malam tadi.“Saya tak salahkan polis kerana menjalankan tugas mereka dan sekarang polis dapat imej buruk kerana ahli politik telah menekan mereka,” katanya merujuk kepada insiden keganasan yang dilakukan polis terhadap peserta Bersih pada 9 Julai lalu.

Nik Nazmi juga menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak mempunyai niat menggulingkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mahukan transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan.“Bersih 2.0 telah menemui kerajaan dan SPR banyak kali sebelum 9 Julai, namun tiada usaha proaktif yang diambil,”“Itu yang menyebabkan Bersih 2.0 turun ke jalanan, untuk meneruskan tekanan agar transformasi pilihan raya dilakukan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.Memetik ungkapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail, Nik Nazmi berkata sebuah kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang tidak takut kepada demokrasi.Beliau dalam pada itu menyambut baik program debat tersebut dan menganggap wacana sebegini harus diteruskan dari masa ke semasa.Malah beliau menganggap ia merupakan hikmah Himpunan Bersih 2.0 9 Julai yang menunjukkan rakyat kini semakin matang dalam proses demokrasi.Sementara itu, Zaki pula mengakui dan bersetuju bahawa senarai pemilih perlu disemak dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).“Pemuda Umno juga mahu daftar pemilih disemak. Malah saya setuju pendapat (Datuk) Saifudin (Abdullah) agar struktur SPR perlu dikaji. Hakikatnya kami mahu tapi semua ini boleh dilakukan tanpa protes jalanan,” kata Zaki.Menurut Zaki, Umno tidak gentar untuk bersaing dalam pilihan raya yang adil dan menerima kenyataan sekiranya parti itu ditakdirkan kalah pada pilihan raya umum kelak.
Dialog dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Putrajaya turut menampilkan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid, Dr Muhamad Nawar Ariffin sebagai panel.Kira-kira 100 hadir dalam dialog tersebut termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Majlis yang berlangsung dari jam 9 hingga 11 malam itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam sesi soal jawab antara orang awam dan ahli panel tersebut.

Saturday, July 23, 2011

Perbahasan Pasca BERSIH...


Anjuran Pemuda UMNO Putrajaya:

Demokrasi Malaysia Semakin Matang

http://www.facebook.com/event.php?eid=227323160639058

Panel:
Dato' Zaki Zahid, Ketua Pemuda UMNO Putrajaya
YB Nik Nazmi, Pengarah Komunikasi PKR
Wan Mohd Firdaus, Pengerusi, Young Corporate Malaysia
Dr. Mohammad Nawar Ariffin, Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia

Masa:
27 July · 20:30 - 23:30

Lokasi:
Kompleks Kejiranan Presint 9
Jalan P9C/7

Sunday, July 17, 2011

Pengharaman buku kartun: Alasan penghakiman kelakar – Zunar


KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menyifatkan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai berat sebelah.

Menurut beliau, tindakan mahkamah itu jelas mengekang hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“Penghakiman berat sebelah dan kelakar. Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan saya yang mencabar pengharaman buku kartun saya, “1Funny Malaysia” dan “Perak Darul Kartun” oleh Kementerian Dalam Negeri semalam.

“Saya sedih kerana mahkamah memilih untuk tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara seperti yang diperuntuk Perlembagaan, sebaliknya memilih untuk menyokong kerajaan bagi menekan kartunis editorial yang kritis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zunar berkata, walaupun beliau menjangkakan keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, namun beliau kesal tindakan hakim, Datuk Rohana Yusuf kerana bersetuju dengan kerajaan bahawa buku kartunnya boleh mengancam ketenteraman awam.

“Walaupun ia telah dijangka, tetapi saya amat kecewa dengan keputusan ini. Ketika membuat keputusan, Hakim Rohana Yusuf bersetuju dengan kerajaan bahawa kedua-dua buku tersebut mengancam ketenteraman awam yang menjadi alasan pengharaman oleh kerajaan.

“Tapi Rohana gagal menjelaskan isu penting: Bagaimana kedua-dua buku kartun itu boleh disifatkan sebagai mengancam ketenteraman awam? Yang mana satu dari 150 karya-karya kartun di dalam buku itu berbahaya untuk dibaca oleh orang awam?” soal Zunar.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pengharaman buku-bukunya bererti mahkamah gagal menghargai peranan kartunis yang dipraktikkan negara-negara demokrasi lain.

“Dengan menyokong pengharaman itu, bererti mahkamah gagal untuk menghargai peranan kartunis sebagai ejen ‘semak dan imbang’ seperti yang dipraktik oleh negara-negara demokrasi.

“Penghakiman ini membunuh masa depan kartunis-kartunis editorial yang boleh bersama menyumbang untuk membangun negara,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mahkamah sama sekali tidak mematahkan perjuangannya bagi membongkar rasuah dan salah laku kerajaan.

“Saya akan terus melukis untuk membongkar rasuah dan salah laku kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak) kerana ia merupakan tanggungjawab seseorang kartunis editorial. Saya akan merayu keputusan ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya.

Generasi Bersih 709 simbolik penghormatan Baharudin

KUALA LUMPUR: Gabungan aktivis golongan muda yang dikenali sebagai Generasi Bersih 709 hari ini berarak di perkarangan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menuju ke Avenue K, dekat sini sebagai simbolik penghormatan kematian Baharudin Ahmad semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon disertai lebih kurang 30 berbaju kuning masing-masing membawa bunga kekwa kuning dengan sepanduk Generasi Bersih 709 itu berarak secara aman tanpa kawalan polis.

Perarakan lebih kurang 200 meter itu kemudian berkumpul di hadapan Avenue K, sebelum mereka bertafakur dan membacakan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Baharudin.

Turut serta dalam perarakan itu, anak saudara arwah, Azhar Kassim yang turut membawa buku Perlembagaan Negara yang diikat reben kuning sambil mengibarkan jalur gemilang.

Ketika berkumpul di hadapan Avenue K, Khai Loon turut memberi ucapan ringkas mengenai perarakan itu ekoran kerajaan yang masih berkeras tidak memohon maaf kepada keluarga arwah Baharudin dan rakyat Malaysia yang berhadapan keganasan polis.

Selain itu, rombongan pelbagai kaum itu turut mendesak kerajaan mengadakan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.

Menariknya, kemuncak kepada perarakan itu meletakkan bunga kekwa kuning beserta sepanduk tertera Generasi Bersih 709 sebagai penghormatan kepada Allahyarham Baharudin.

Malaysia activists vent anger via web

Tuesday, June 21, 2011

Nota penting untuk peserta-peserta BERSIH 2.0--daripada NGO SUARAM


Nota tersebut adalah panduan anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:Pendaftaran automatikReformasi undi posPenggunaan dakwat kekalAkses kepada mediaMasa berkempen minimaPengukuhan perbadanan awamHentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan * Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. Duit-maksimum RM100 sahaja. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email:
bersih2.0electoral@gmail.com

*Perkara yang tidak dibenarkan* Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.


*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan* Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian). Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.


*Semasa perhimpunan dan perarakan* Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander* Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email:
bersih2.0electoral@gmail.com. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan* Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email:
bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan* Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air. Duduk jika pimpinan arahkan. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. Ambil gambar mereka jika sempat. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja). Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan* Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Saturday, June 11, 2011

Lagi Surat Terbuka Dato' Mat Zain Ibrahim Untuk Perdana Menteri


Mat Zain bin Ibrahim,

10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia,

Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan

62152 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan.

Yang Amat Berhormat Dato Seri,

PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.

Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan,apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar,Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri.Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail.Sama ada sebagai seorang Peguam Negara,sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat.Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat,maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempuyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan.Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengistiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walaubagaimanapun perkara yang ,menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996.Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti.Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama.Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994.Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar,Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta.Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu,peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini.Mungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempuh 1994 hingga 1996 itu juga,Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)

10.6.2011.