Sunday, January 25, 2009

PKR BTR - Majlis Perasmian Pemasangan Meter Air di Tmn Tenaga










Majlis Perasmian pemasangan meter bekalan air dan pelancaran tabung wawasan anak Selangor (TAWAS)telah diadakan pada 24hb January 2009. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen BTR merangkap MB Selangor.

Pemasangan meter bekalan air ke pusat penjaja di Taman Tenaga ini merupakan hasil usahasama diantara PKR Bahagian BTR, PKR Cawangan Sri Melaka, Persatuan Penjaja Taman Tenaga, dan tentu sekali SYABAS. Ini merupakan satu pencapaian dan kejayaan yg amat bermakna bagi YAB Tan Sri / PKR BTR kerana masalah pembekalan paip air ke gerai2 di Taman Tenaga telah berlanjutan selama lebih dari 17 tahun dan dapat diselesaikan oleh PKR BTR dalam tempoh 9 bulan sahaja. Selama 17 tahun penjaja2 ini terpaksa mendapatkan bekalan air dari bangunan kedai yang berdekatan dan terpaksa menanggung kos bekalan air yg agak tinggi. Dengan pembekalan air secara sempurna, penjaja dapat menjalankan perniagaan mereka dlm keadaan yg lebih selesa dan pada masa yg sama, menjimatkan kos mereka. SYABAS kepada semua yg terlibat terutamanya Sdr Azman, Ketua Bahagian dan Sdr Ujang dari Persatuan penjaja yg bekerja keras memastikan kejayaan usaha murni ini.

Pelancaran TAWAS peringkat BTR juga berlangsung pada hari yang sama. Jutaan terima kasih kpd YAB Tan Sri kerana penduduk BTR juga turut dapat menikmati kemudahan ini memandangkan terdapat ramai juga anak Selangor di BTR.

No comments: