Wednesday, September 24, 2008

Kes DSAI disambung 7 Okt

alhamdulillah. Perbicaraan akan disambung pada 7hb Oktober. Hakim SM Komathy Suppiah akan menentukan samada kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi ataupun tidak. Kita berharap dan berdoa, pada waktu itu peralihan kuasa telah pun berlaku. Insyaallah

Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa & Mesyuarat AJK







Slm, alhamdulillah majlis berbuka puasa, solat tarawih dan mesyuarat AJK PKR Putrajaya yang diadakan di restoran kagumas, bangi berjalan dgn lancar dan meriah sekali. selain dari AJK PKR Putrajaya, majlis juga dimeriahkan lagi dgn kehadiran jemputan khas seperti Sdr Mustaffa kamil ayub, cikgu bad, hj romli, yahya sahri, bahrin, najmudin dan juga yb cikgu lee yg hadir seketika sahaja kerana perlu pergi kebeberapa tempat lain. Ust Ramlang Porigi juga turut serta dan menjadi imam solat maghib, isyak, hajat & tarawih.

Mesyuarat pertama PKR Putrajaya (penaja) dirasmikan oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan didlm ucapanya beliau ada menyatakan pentingnya tarikh 17 sep bersamaan dgn 17 ramadhan iaitu ianya adalah hari Nuzul Quran. dan beliau sempat memberi sedikit penjelasan tentang kebesaran al-quran. Selain dari itu, Sdr Mustafa juga mengucapkan tahniah kpd Sdr Onn dan AJK kerana menubuhkan bahagian Putrajaya. Ini adalah satu langkah yg tepat sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah bagi menyambut kedatangan DSAI ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri yg baru. Insyaallah.

Mesyuarat yg dikendalikan oleh Sdr Onn berjalan dgn begitu lancar dan pantas sekali. Ini adalah kerana sebelum ini jawatankuasa pentadbiran telah pun mengadakan mesyuarat persediaan bagi mesyuarat ini. Insyaaalah, PKR putrajaya akan mengadakan majlis rumah terbuka aidil fitri dan MATB pada minggu ke 2 atau 3 bulan shawal tentatively di Hotel Impiana. sumbangan ikhlas dari AJK bagi dana awal pada malam itu berjumlah lebih dari seribu ringgit. alhamdulillah.

sekian. wslm

Thursday, September 18, 2008

Sidang Media DSAI - 18 sep

Slm,

Sidang Media DSAI baru sahaja selesai.

Antara intipati:

1.PR telah mengemukakan satu surat lg kpd Paklah kerana surat pertama tidak mendapat respons dari paklah. Surat kali ini meminta paklah dengan segera mengarahkan Speaker dewan untuk mengadakan satu sesi tergempar parlimen. Ini adalah mengikut peraturan 11(3) Standing Orders of parliment. Tarikh yg dicadangkan adalah pada 23 Sept.

2. Rasional untuk mengadakan sesi tergempar ini adalah;
a. Seating Govt has loss the confidence of the majority of the MP
b. Keadaan ekonomi yang gawat skrg ini.

3. Sesi ini harus dihadiri oleh semua MP termasuk Theresa Kok yg menjadi mangsa tahanan ISA

4. DSAI menjawab media bahawa senarai MP yg menyeberang tidak akan dikeluarkan dan mereka tidak akan menonjolkan diri mereka demi keselamatan mereka. Mereka inginkan kepastian dari DSAI keselamatan mereka terjamin sehinggalah tarikh 23/9 dimana mereka akan hadir di parlimen. Tindakan ini terpaksa diambil untuk mengelakkan mereka dari di "harass' .

5. Kerajajan sekarang ini adalah "arrogant and completely in a state of denial"

wslm

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Tuesday, September 16, 2008

Sidang media Sep 16

Siaran Langsung Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tempat : PKR HQ, Tropicana

Masa : 2.00 P.M

Tarikh : 16 September 2008

Sila ke: http://anwaribrahimblog.com or http://www.justin.tv/anwaribrahim
 
Watch live video from anwaribrahim's channel on Justin.tv

DSAI - Kelana Jaya 150908





Salam Reformasi,

Alhamdulillah, saya dan rakan2 dapat bersama dalam Perhimpunan Perdana sambutan Hari Malaysia di stadium MBPJ kelana Jaya. Saya jangkakan crowd lbh kurang 30 ribu org dari berbilang kaum. Antara intipati ucapan DSAI;

1. Jumlah BN MP sudah mencukupi dan progress "on track"

2. Esok (16/9) akan ada satu pengumuman rasmi berkenaan sept 16

3. Wakil PR telah menghantar satu surat kpd Paklah meminta dgn segera satu perjumpaan diadakan untuk membincangkan 'transfer of POWER" secara aman.

4. DSAI mengulangi janji PR, "hari ini ambil alih kerajaan, harga minyak turun" dan juga membebaskan tahanan politik.

5. Cuti 31 Ogos sebagai hari merdeka dan 16 Sep sebagai hari Malaysia

6. Sejuta bendera jalur gemilang dan juga 'wrist band' telah diedarkan di seluruh negara

sekian. wassalam

video

Sunday, September 14, 2008

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia (15.9.08)

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.
Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Thursday, September 11, 2008

DSAI - Majalah Passions " A New Malaysia"



Passions Special Feature : Heralding the dawn

Sila kunjungi :

http://www.passions.com.my/anwar.html

Majlis Berbuka Puasa & Mesyuarat AJK


Askm,

Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua Ahli Jawatankuasa ke Majlis Berbuka Puasa bertempat di Restoran KAGUMAS.

Butir-butir adalah seperti berikut:-

Tarikh : Rabu / 17 September 2008 / 17 Ramadhan

Masa : 6.00 petang hingga 9.00 malam

Tempat: Wisma Kagumas, 18, Jalan 9/3, Taman IKS,Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Sgo

Kehadiran ahli-ahli amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.


(Jutaan terima kasih kpd En. Daud kita yang sudi 'sponsor' majlis berbuka puasa ini. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi :-). Jazakallah )

Wednesday, September 10, 2008

Sep 10 - Sebut semula kes

Rakan2 seperjuangan, Semua dijemput hadir bagi menunjukkan sokongan kepada dsai esok.

Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Jam: 9 pagi
Tarikh: Rabu, 10hb September 2008

Sep 9 - Berbuka puasa dan Tarawih di rumah DSAI

Slm, Alhamdulillah mlm td sy dan rakan2 sempat beriftar dan bertarawih di rumah dsai. Ramai juga dari pkr putrajaya hadir sama (i.e dato onn, abg man, pak wan, zul, dt, mr du n yew).

Selepas selesai solat witir, dsai berucap sebentar dan antara intipati ucapan beliau;
- persediaan "sept 16" berjalan lancar dan mesyuarat pemimpin PR akan disambung lagi pd ptg esok
- jumlah MP BN yang akan menyeberang sudah mencukupi dan mereka telah memberi komitmen kpd dsai
- kemungkinan tarikh 16 Sep mungkin dianjak kerana mengambil kira lawatan cuti sambil belajar MP BN ke Taiwan. dsai menggunakan istilah "lawatan menghayati ramadhan di Taiwan' :-).
- Berkemungkinan, tarikh mereka kembali ke msia mungkin dilanjutkan untuk menggagalkan "sept 16"
- esok (sep 10, 10 pg) dsai akan ke mahkamah utk sebutan semula kes sodomi dan berkemungkinan 'mereka' akan memindahkan kes ini dari session court dan juga menukar hakim.

wslm

Monday, September 1, 2008

Selamat menyambut Ramadhan

Askm., Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Semoga kita semua mendapat sepenuh kerahmatan, keberkatan dan diampunkan dosa2 kita. aminn.