Monday, May 30, 2011

Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir ...

Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir
Mei 29, 11 11:00am
Kongsi 672
Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

tenaga nasional and electricity 031208Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDemikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan olehHarakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

azlanHadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

NONE“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

NONESobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

Friday, May 27, 2011

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang..

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

28 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea

Lokasi : Restoran Ekonomi Mee Loon, Kampung Baru Cina, Temerloh

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Tien Chua

3. YB Syed Hamid Mohamad

4. YB Leong Ngah Ngah

5. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman

Program 2
8.30 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi : Markas PAS, Felda Jenderak Utara, Jenderak

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Tien Chua

3. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman

Program 3
9.00 – 12.00 mlm : Himpunan Raksasa Peneroka FELDA

Lokasi: Markas Besar PAS Pahang, Kerdau

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

4. YBhg Mat Sabu

Wednesday, May 18, 2011

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ???

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."


“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.


Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Wednesday, May 11, 2011

QAZAF: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily pada 14 Mei 2011...

Harakahdaily

SHAH ALAM, 10 Mei: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sumpah dan Qazaf’ di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.

Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.

Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.

Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.

MAJLIS MAKAN MALAM....

Majlis Makan Malam KEADILAN CABANG GOMBAK Bersama DSAI, YB Mohamed Azmin Ali, YB... Datuk Teng Chang Khim (Speaker DUN Selangor), YB Dato' Paduka Husam Musa ( EXCO Negeri Kelantan), YB Dato' Ir. Amirudin Hamzah(EXCO Negeri Kedah) pada 18 Jun 2011 / Sabtu. Jam 8.00 malam, bertempat di Ideal Convention Centre, Selayang. Untuk pembelian tiket boleh menghubungi Mohd Zaki Kamaludin: 016 233 3644 dan Noriza Ibrahim : 016 208 3820.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka...!

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

13 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1

4.00 ptg – Perasmian Bangunan Pejabat KeADILan Melaka

Lokasi : 49-1, Jalan BPM 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka

Program 2

5.00 – 7.00 mlm – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Melaka

Lokasi: Hotel Straits Meridian, Bukit Baru, Melaka

Ahli Panel:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Prof Dr Mohd Nur Manuty

3. YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

4. Sheikh Prof Dr. Wahbah Mustafa Al-Zuhaily

Program 3

7.15 – 8.30 mlm –

1) Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Melaka Untuk DS Anwar Ibrahim

2) Tazkirah Oleh Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Zuhaily

Lokasi; Markaz PAS Kg Bukit Katil, (Berhadapan Masjid Kg Bukit Katil)

Program 4

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 - Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Batu 3 ½ , Kampong Duyung Tengah, Lot 200 Mukim Duyung

Penceramah:

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

YB Goh Leong San

YB Ahmad Kassim

YB William Leong Jee Keen

Program 5

9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 2 - Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Batu 8, Paya Rumput (Belakang Kilang Plastic IKS Paya Rumput)

Penceramah:

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

YB Goh Leong San

YB Ahmad Kassim

YB William Leong Jee Keen