Monday, January 26, 2009

GONG XI FA CAI

PKR Putrajaya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakyat Malaysia berketurunan Tionghua dan semoga Tahun Lembu ini akan membawa kesejahteraan kepada semua.

Sunday, January 25, 2009

PKR BTR - Majlis Perasmian Pemasangan Meter Air di Tmn Tenaga










Majlis Perasmian pemasangan meter bekalan air dan pelancaran tabung wawasan anak Selangor (TAWAS)telah diadakan pada 24hb January 2009. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen BTR merangkap MB Selangor.

Pemasangan meter bekalan air ke pusat penjaja di Taman Tenaga ini merupakan hasil usahasama diantara PKR Bahagian BTR, PKR Cawangan Sri Melaka, Persatuan Penjaja Taman Tenaga, dan tentu sekali SYABAS. Ini merupakan satu pencapaian dan kejayaan yg amat bermakna bagi YAB Tan Sri / PKR BTR kerana masalah pembekalan paip air ke gerai2 di Taman Tenaga telah berlanjutan selama lebih dari 17 tahun dan dapat diselesaikan oleh PKR BTR dalam tempoh 9 bulan sahaja. Selama 17 tahun penjaja2 ini terpaksa mendapatkan bekalan air dari bangunan kedai yang berdekatan dan terpaksa menanggung kos bekalan air yg agak tinggi. Dengan pembekalan air secara sempurna, penjaja dapat menjalankan perniagaan mereka dlm keadaan yg lebih selesa dan pada masa yg sama, menjimatkan kos mereka. SYABAS kepada semua yg terlibat terutamanya Sdr Azman, Ketua Bahagian dan Sdr Ujang dari Persatuan penjaja yg bekerja keras memastikan kejayaan usaha murni ini.

Pelancaran TAWAS peringkat BTR juga berlangsung pada hari yang sama. Jutaan terima kasih kpd YAB Tan Sri kerana penduduk BTR juga turut dapat menikmati kemudahan ini memandangkan terdapat ramai juga anak Selangor di BTR.

Monday, January 19, 2009

Konvensyen Penghayatan Islam (KPI)

Assalamulaikum wmt wbt. dan Salam Perjuangan,

KONVENSYEN PENGHAYATAN ISLAM NASIONAL
(susulan)

YB/Yg Berbahagia Datuk/Dato/Tuan/Puan
Sukacita ingin saya membuat susulan tentang konvensyen di atas yang telah dimaklumkan sebelum ini.

1. Setiap JK Perhubungan Negeri diminta mengemukakan nama 10 wakil kepada kami, termasuk 3 wakil Wanita. Nama-nama wakil perlu kami terima sebelum/pada 21 Januari 2009.

2. Konvensyen ini akan diadakan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. Pekan terhampir adalah Kuala Kubu Baru.

3. Kemudahan yang disediakan hanyalah kemudahan-kemudahan asas. Oleh itu adalah dinasihatkan semua yang hadir membawa keperluan sendiri seperti peralatan mandi, kain basahan, tuala mandi, selipar dan kasut sukan dan juga ubat-ubatan (jika perlu). Keperluan lain adalah atas budi bicara masing-masing.

4. Pendaftaran bermula pada jam 5 ptg (23 Januari 2009) dan konvensyen dijangka tamat pada jam 5 ptg (25 Januari 2009.

Seperti yang telah dimaklumkan terdahulu, setiap negeri perlu menghantar 10 orang wakil.

Sila hubungi nama-nama berikut utk mendapat maklumat lanjut:

Mustaffa Kamil Ayub 012 3249598
Onn Abu Bakar 019 2117007
Ishak Hamzah 019 273 5657

Sekian.

Setiausaha Konvensyen

s.k. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Sdr Mustaffa Kamil Ayub



Intan Safrina
Urus Setia Pendaftaran


===================================================================================
Sila download file di:

http://www.fantomshare.com/showfile-1159/kpi___peta_lakar_1_.doc
http://www.fantomshare.com/showfile-1158/konvensyen_penghayatan_islam.doc

GAZA : Ceramah Perdana - PKR, PAS, UMNO & NGO di BTR

NGO, PKR / PAS / UMNO (Bdr Tun Razak) telah bersama2 melancarkan kempen pungutan derma tabung Palestin.

Acara kemuncak adalah solat hajat dan yasin diikuti oleh demonstrasi dan ceramah perdana pd 19 jan, isnin, jam 9 mlm d Jln Jujur, B.Tun Razak dgn penceramah NGO, PKR, PAS, UMNO dan Aman Palestin. Dtglah beramai2 ke mlm bersejarah ini.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS KEADILAN PUTRAJAYA

Salam kepada semua petugas terutama sdr Osman Hitam walaupun sakit telah sanggup bekerja keras bersama RPK di kawasan pengundi Cina di Kuala Terengganu.

Tidak lupa kepada Ketua Wanita kita Puan Rohani Husin, Ana dan Thuraya yang telah 'berkampung' selama 8 hari di Kuala Terengganu dan selamat pulang tengah malam tadi dengan selamat.

Moga jasa mereka akan kita ingati selamanya... .

Tahniah kepada semua....! Tahniah atas doa sdr-sdri.... .! Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.... .!!!!!

Saturday, January 17, 2009

PAS Menang - Pilihanraya Kecil KT

Takbir, Takbir, Takbir
Alhamdulillah, Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.Tahniah

So....1 seat closer to Putrajaya.

Tuesday, January 13, 2009

kongres Nasional Khas & pindaan Perlembagaan Parti

Dimaklumkan bahawa suatu Kongres nasional Khas akan diadakan pada 27 dan 28 hb Februari 2009 dan agenda utama adalah pindaan perlembagaan parti.

Secara umum, pimpinan Parti mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti memperkasakan Parti. Khususnya, perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan Parti perlu disempurnakan memandangkan perubahan politik besar sejak pilihan raya umum tahun lepas.

Sementara itu, sekiranya pihak sdr ada sebarang isu atau komen berkenaan, adalah baik juga Bahagian sdr menghantar apa-apa komen atau cadangan ke Ibu Pejabat Parti secepat mungkin.

Komitmen dan kerjasama sdr dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian. Terima kasih

Friday, January 2, 2009

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Diucapkan Salam Maal Hijrah 1430 kpd semua umat islam dan khususnya warga PKR Putrajaya. Sama sama lah kita bermohon kpd Allah swt agar kita di limpah ruah dgn Rahman dan Rahim nya. Semoga tahun ini lebih baik dari yg lepas, dipenuhi dgn keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan keimanan. Aminn..

Its already 2009...so wishing everyone a Happy & Prosperous New Year.

Takziah

Ucapan Takziah di ucapkan kpd Sdr Razali Baharin (AJK Putrajaya) diatas pemergian ayahandanya dan kpd Sdr Hunter (Pemangku Ketua Bahagian PJS) diatas pemergian ibundanya baru-baru ini. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh.Al-Fatihah.

Thursday, January 1, 2009

Pelantikan Pengerusi Perhubungan Negeri

Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Encik Johari bin Shafie
9. Melaka - Encik Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah

PKR Putrajaya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dan tanggung jawab kepada semua PPN.