Monday, January 19, 2009

Konvensyen Penghayatan Islam (KPI)

Assalamulaikum wmt wbt. dan Salam Perjuangan,

KONVENSYEN PENGHAYATAN ISLAM NASIONAL
(susulan)

YB/Yg Berbahagia Datuk/Dato/Tuan/Puan
Sukacita ingin saya membuat susulan tentang konvensyen di atas yang telah dimaklumkan sebelum ini.

1. Setiap JK Perhubungan Negeri diminta mengemukakan nama 10 wakil kepada kami, termasuk 3 wakil Wanita. Nama-nama wakil perlu kami terima sebelum/pada 21 Januari 2009.

2. Konvensyen ini akan diadakan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah. Pekan terhampir adalah Kuala Kubu Baru.

3. Kemudahan yang disediakan hanyalah kemudahan-kemudahan asas. Oleh itu adalah dinasihatkan semua yang hadir membawa keperluan sendiri seperti peralatan mandi, kain basahan, tuala mandi, selipar dan kasut sukan dan juga ubat-ubatan (jika perlu). Keperluan lain adalah atas budi bicara masing-masing.

4. Pendaftaran bermula pada jam 5 ptg (23 Januari 2009) dan konvensyen dijangka tamat pada jam 5 ptg (25 Januari 2009.

Seperti yang telah dimaklumkan terdahulu, setiap negeri perlu menghantar 10 orang wakil.

Sila hubungi nama-nama berikut utk mendapat maklumat lanjut:

Mustaffa Kamil Ayub 012 3249598
Onn Abu Bakar 019 2117007
Ishak Hamzah 019 273 5657

Sekian.

Setiausaha Konvensyen

s.k. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Sdr Mustaffa Kamil Ayub



Intan Safrina
Urus Setia Pendaftaran


===================================================================================
Sila download file di:

http://www.fantomshare.com/showfile-1159/kpi___peta_lakar_1_.doc
http://www.fantomshare.com/showfile-1158/konvensyen_penghayatan_islam.doc

1 comment:

Dr.Ahmad Izham said...

Datuk Seri Anwar ada tak?