Friday, October 30, 2009

MB: Badrul Tidak Layak Wakili PKR


Khamis, 29 Oktober 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 29 OKT - Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ADUN Pelabuhan Klang Badrol Hisham Abdullah tidak lagi layak mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.

Tan Sri Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi ADUN bebas dan menyokong Barisan Nasional.

“Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan,” kata Khalid.

“Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur,” tambahnya.

Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.

“Kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon,” kata Khalid.

“Mungkin cara yang dia lakukan ini adalah apa yang beliau fikirkan terbaik untuk dirinya. Tetapi ada yang lebih baik iaitu meletak jawatan dan membuka ruang kepada orang yang boleh bekerja, kerana beliau berkhidmat untuk semua rakyat,” tegas beliau.

Khalid berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Hotel Blue Wave, Selangor. Beliau berada di situ menemui delegasi usahawan dan perniagaan terkemuka negara dan antarabangsa.

Badrul bertindak mengumumkan keputusan keluar dari Keadilan dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasional setelah Tan Sri Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan Keadilan supaya Adun itu meletak jawatan.

Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya.

Keadaan itu memaksa Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi untuk memikul tanggungjawab memberi khidmat kepada penduduk di situ.

Meskipun Badrul diberi surat tunjuk pada 20 Ogos 2008, beliau tidak menunjukkan komitmen untuk memperbaiki diri.

Khalid dan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tidak mahu bertolak-ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab seperti Badrul.

Mengenai laporan memetik Ketua Pembangkang Khir Toyo sebagai mengalu-alukan sokongan Badrul kepada Umno-BN, Khalid berkata kenyataan Khir toyo itu hanya menyerlahkan budaya dalam Umno.

“Tidak jadi masalah bagi saya kerana jumlah Pakatan Rakyat lebih ramai dari wakil rakyat BN,” katanya.

“Dan jika benar dia bersekongkol dengan Umno-BN, dengan sikapnya yang sebegitu, maka tidak menjadi masalah kepada kita kerana kita hanya pilih mereka yang boleh bekerja,” tambah Khalid.

Badrul Tidak Wajar Tutup Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang Walaupun Hilang Kepercayaan Kepada PKR

Jumaat, 30 Oktober 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 30 Okt - Keputusan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk keluar dari PKR sememangnya dinanti-nantikan pemimpin tertinggi PKR Selangor setelah beliau gagal menunjukkan prestasi baik dalam memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Tindakan beliau meninggalkan parti dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia sebab kita pun kalau boleh tidak mahu sampai ke tahap macam nie, tetapi dia yang memilih jalan macam ni, kita dah bagi peluang dia menjadi wakil rakyat, bila timbul masalah kita cuba bantu tapi inilah pilihan yang dia ambil”, katanya.

Bercakap kepada Tv Selangor ketika diminta mengulas tindakan Badrul keluar PKR melalui telefon hari ini.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti. Sebaliknya Nik Nazmi berkata PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekiranya beliau hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

“Sebenarnya saya rasa kita yang hilang keyakinan dengan dia dulu, selama ni kenapa dia tak keluar, kalau dah lama dia begitu kenapa dia tak keluar dan dia hilang keyakinan kepada parti tetapi tidak bermaksud dia patut tutup pusat khidmat dia, dia perlu hentikan berhubung dengan rakyat, tak pergi program, program Tuanku tak pergi, program kerajaan negeri jadi sama ada dia percaya kepada parti itu perkara lain. Yang penting dia jalankan tugas sebagai seorang wakil rakyat”, jelasnya.

Tambahnya, Pilihanraya Kecil hanya boleh dibuat setelah Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang sepertimana yang disyorkan Menteri Besar ekoran beliau gagal menjalankan tugasnya.

“Dia belum letak jawatan sebagai wakil rakyat, itulah yang kita nak minta kalau dia tak boleh buat kerja patutnya dia letak jawatan sekarang dia cerita hilang keyakinan pula, jadi itu kena tanya Badrul lah”, tegasnya.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan Badrul bahawa beliau tidak menerima peruntukan kawasannya berbanding wakil rakyat lain.

Katanya, sebaliknya kerajaan negeri sudah menawarkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan kepada Badrul bagi membolehkan beliau menjalankan program untuk masyarakat.

“Kita ambil alih pengurusan peruntukan saya sendiri maklumkan pada dia sebab waktu timbul banyak sangat aduan, rakyat minta tak dapat, ada aduan wujudnya penyelewengan dan sebagainya, kita nak selamatkan dia”, ujarnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Di sebalik tabir mesyuarat PAS


Jimadie Shah Othman
Okt 30, 09
12:25pm
Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut.

PRESIDEN: KENYATAAN MEDIA..!!


Tarikh: 29 Oktober 2009

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Thursday, October 29, 2009

Hasan Ali Bersedia Disiasat Jawatankuasa Disiplin PAS

Khamis, 29 Oktober 2009 Ruangan: Berita

PUTRAJAYA, 29 Okt - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata tiada pergeseran serius berlaku di kalangan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia mahupun Pakatan Rakyat.

Beliau menambah walaupun adanya perbezaan pendapat, namun kerjasama dalam tugas dan kerja sentiasa baik dan profesional.

“Tidak ada perpecahan sebenarnya, kalau kita ambil di Selangor ini, di mana perpecahannya, antara kami dengan DAP, walaupun ada tempat-tempatnya berselisih sedikit pandangan, tetapi Alhamdulillah dalam hubungan harian, dalam mesyuarat, dalam mengendalikan negeri ini saya tak nampak kalau Teresa datang, saya keluar, kalau saya datang, Teresa keluar, tak nampak pula Teresa masam muka, saya masam muka, tak nampak pulak Ronnie reject saya, saya reject Ronnie tetapi kita berada dalam keadaan musyawarah dengan kemesraan yang begitu jelas yang menyanggah bahawa adanya pergeseran yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor”, katanya.

Berkata demikian kepada TV Selangor ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Sumbang Saran, Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau kesal terhadap sesetengah media yang sengaja mensensasikan isu ini sehingga menjejaskan hubungannya dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain.

“Saya harap sangat bahawa kita mesti menyatakan fakta dan kita mesti beramanah dalam kita melaporkan sesuatu, bukan nak menimbulkan sensasi, bila kita menimbulkan sensasi, ada orang suka, ada orang tidak suka, bila kita menyebutkan fakta, yang tak suka akan mengakui yang dia tidak suka mengapa, yang suka pun akan mengakui kenapa dia suka, kerana fakta orang tidak boleh lari dari fakta, dan orang tidak boleh menolak fakta tapi kalau meer sensationalism, fahaman sensasi saja, saya rasa saya takut itu akan menjejaskan bukan sahaja keutuhan parti tapi kepada mereka yang tidak faham misalnya akan menjejaskan hubungan di antara kita unnecessarly saya dengan orang yang lain tidak baik, unnecessarly dalam satu organisasi kita bermasam muka dan itu tidak berlaku”, jelasnya.

Tambahnya, beliau bersedia untuk disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin pada 7 November di Markas Pas Taman Melewar nanti sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Ibu Negara malam semalam. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

AMK Dan Wanita Selangor Sokong Keputusan Khalid

Khamis, 29 Oktober 2009 Ruangan: Berita

Shah Alam , 20 Oktober 2009 - Kerajaan negeri memandang serius kepada mana-mana wakil rakyat atau pegawai yang gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Semua wakil rakyat dan pegawai harus menjunjung tinggi amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor, Haniza Talha, tindakan tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah wajar bagi mereka yang gagal menjalankan tugas.

“Saya kira saranan itu adalah wajar sebab Adun Pelabuhan Klang dipilih oleh rakyat kerana rakyat mahu beliau berkhidmat untuk rakyat, tetapi sekarang ini jika beliau tidak mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut beliau hendaklah melepaskanya secara terhormat. Jadi letak jawatan dan kita boleh pilih wakil rakyat yang mampu laksanakan tugas tersebut,”jelasnya.

Menurut Haniza lagi tindakan Tan Sri Khalid ini menunjukkan beliau bertanggungjawab keatas kelicinan pentadbiran negeri Selangor.

“Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab keatas negeri Selangor sudah tentu Tan Sri Khalid wajar .mengambil tindakan sedemikian, tindakan yang bijaksana.Kalau dibiarkan seorang wakil rakyat yang tidak berkemampuan berkhidmat untuk rakyat ini akan menjejaskan prestasi pentadbiran negeri dan ini adalah tanggungjawab Menteri Besar dalam memberikan yang terbaik untuk rakyat,”katanya.

Sementara itu Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor,Khairul Anuar Ahmad, menyokong penuh tindakan Menteri Besar untuk melepaskan Adun Pelabuhan Klang dari tugasnya.

“Inilah tanggungjawab yang harus kita ambil daripada rakyat, mandat yang telah diambil dari pengundi dari pilihanraya yang lalu.Sekalipun sukar tetapi tanggungjawab itu lebih penting ataupun amanah rakyat itu yang penting. Jjadi kalau kita dapati ada Adun-adun yang tidak dapat memberikan khidmat terbaik kepada kerajaan negeri dan rakyat walaupun setelah dibantu dan dinasihati, tetapi masih lagi gagal melaksanakan amanah itu maka kita perlu mengambil keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab .Walaupun sukar tetapi amanah rakyat itu adalah yang penting,”katanya. - ShakiraBuang-TvSelangor.



MB Selangor Hantar Usul Minta ADUN Pelabuhan Klang Letak Jawatan


Khamis, 29 Oktober 2009 Ruangan: Berita

SHAH ALAM 29 OKT - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham.

Walaupun diberikan surat tunjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat.

Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi.

“Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.

Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini.

“Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi.

“Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.

Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor.

ADUN PKR diminta letak jawatan

Okt 29, 09 12:44pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

PAS S'gor diseret ke JK disiplin
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
Okt 28, 09
11:59am
kemaskini 2.42am Khamis Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.

Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.

Wednesday, October 28, 2009

Tangani segera isu dera pembantu rumah

Hazayani Zakaria
Wed Oct 28, 09 7:06:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas bagi menangani pemasalahan kebajikan dan keselamatan wanita ekoran tragedi kematian pembantu rumah Indonesia akibat didera majikan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama, ahli parlimen wanita Pakatan menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mengambil langkah berkesan bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang.

"Pantauan secara langsung oleh kementerian-kementerian melalui agensi atau jabatan yang berkaitan perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan kemelut ini.

"Penubuhan pusat aduan setempat dan talian hotline dilihat boleh membantu pihak agensi atau jabatan yang bertanggungjawab menerima, menyiasat dan mengambil tindakan berkenaan sebarang aduan yang diterima," kata kenyataan itu.

Ia ditandatangani oleh ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali, ahli parlimen PAS Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin dan ahli parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan.

Mantik Hani, 36, dari Surabaya, ditemui dikurung di dalam tandas rumah majikannya, meninggal dunia 10 pagi Isnin lalu di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, gagal menyelamatkan mangsa akibat keadaan mangsa yang terlalu lemah.

Menurut laporan, Mantik telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan.

Dia mendakwa telah beberapa hari tidak diberi makan selain kepalanya dicukur hampir botak.

Ahli parlimen wanita Pakatan turut mendakwa, kes kematian Mantik adalah kemuncak kepada kegagalan kerajaan dalam menjamin hak kebajikan dan keselamatan pekerja asing, terutamanya melibatkan pembantu rumah yang berjumlah sekitar 280, 000.

Tragedi ini juga telah mencemarkan nama baik Malaysia diperingkat antarabangsa.

"Akibat daripada kegagalan kerajaan Malaysia dalam memastikan persekitaran kerja yang baik serta amalan pemotongan sehingga 100% gaji pembantu rumah selama tujuh bulan bagi yuran yang dikaut oleh agensi pembantu rumah, mengakibatkan banyak kejadian pembantu rumah melarikan diri daripada majikan asal.

"Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada keadaan yang lebih buruk dan inilah yang berlaku kepada Mantik Hani," kata kenyataan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan kepada Harakahdaily, Dr Lo' Lo' bimbang, apa yang berlaku kepada Mantik akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia di negara jiran berkenaan.

"Saya bimbang dengan nasib pelajar kita di sana. Apa kata kalau ada rakyat Indonesia yang membalas dendam kepada pelajar kita. Kerajaan mesti menyelesaikan segera kebimbangan ini," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan membuat kenyataan misalnya kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk keras pelakunya dan berjanji akan mengambil tindakan segera ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Beliau juga mencadangkan agar diadakan pusat aduan di samping skuad pemantau keadaan para pekerja asing di negara ini agar ia tidak berulang lagi. _


Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat


Wed Oct 28, 09 9:47:24 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image


(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Anak Ibrahim & Anak Ali

Saya tampil untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran percaturan media milik pemimpin elit UMNO dan perasuah negara. Editor upahan menulis fitnah dan membuat kerja ‘sial’ demi menjamin kelangsungan kuasa politik UMNO dan mempertahankan perasuah dan perompak khazanah negara.

Tulisan wartawan kanan Joceline Tan dalam Sunday Star pada 25 Oktober 2009 bertajuk “Lobby for hot seat warms up“ mengundang pelbagai reaksi dan persoalan. Editor media UMNO dan Barisan Nasional juga sudah memulakan serangan terhadap saya dengan mengupah pengemis-pengemis politik yang sudah bankrap untuk membuat kenyataan media yang cuba menimbulkan prasangka buruk terhadap saya. Antara lain saya dituduh mendapat layanan istimewa dari YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Saya merasakan adalah lebih adil jika rakyat dan ahli parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendapat penjelasan terus dari saya. Saya berharap penulisan ini dapat membantu pembaca membuat penilaian yang adil.

Siapa 3 Anak Ibrahim ? Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Mujurlah tidak dikaitkan dengan Ibrahim Ali ! Kita perlu wacana lain untuk membicarakan soal 3 anak Ali dalam PAS. Mustaffa Ali, Hasan Ali dan Ibrahim Ali.

Anwar Ibrahim bukan ahli politik semacam Mahathir. Anwar adalah negarawan dan pemikir bangsa. Anwar berpegang kepada prinsip bahawa persaudaraan dan persahabatan perlu ‘transcend political partisanship’. Perjuangan Anwar bukanlah kerana kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi beliau adalah Bapa Reformasi – mendukung agenda perubahan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Justeru itu, jatuh bangun dalam perjuangan mendidik Anwar untuk menjadi ‘a better leader and not a bitter leader’. Walaupun YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim difitnah, dihina, dipukul, diracun dan dihumban ke dalam tembok kezaliman selama 7 tahun, beliau kembali bangun dengan gagah untuk meneruskan perjuangan dan mendapat dukungan serta rasa hormat dari kawan dan lawan.

Mahathir bukan pejuang, jauh sekali reformis. Hidup dan matinya adalah politik. Sebab itu, Mahathir sering mengungkapkan kata-kata bahawa ‘there is no permanent enemies and no permanent friends in politic’. Beliau kini berseorangan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Hasmah Ali dan Ibrahim Ali. Kroni-kroni dalam UMNO dan korporat sudah menjauhkan diri mereka dari Mahathir.

Ada yang berpandangan bahawa Anwar Ibrahim mentadbir secara ‘pecah dan perintah’. Inilah persepsi orang yang tidak mengenali secara dekat falsafah Anwar Ibrahim. Anwar sebenarnya menganjurkan kita untuk mengambil sikap berlapang dada, lebih accommodative dan meraikan perbedaan pendapat demi pengukuhan perjuangan. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang ‘very demanding’ dan mensasarkan ‘high expectation’ di kalangan orang-orang kepercayaannya.

Orang yang lama bersama perjuangan Anwar akan memahami prinsip ini termasuklah Khalid Jaafar, Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan saya sendiri. Yang baru bertatih untuk mendekati Anwar akan melihat sebaliknya; lalu tergelincir dalam perjuangan dan menjadi pecacai Sang Perasuah dan kini tenggelam sebagai sampah masyarakat.

Mari saya baca watak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga saya kenali selama hampir 20 tahun. Khalid Ibrahim adalah tokoh korporat yang berwajah DEB dan kini melangkah dengan berani untuk membawa perubahan besar dalam memartabatkan orang Melayu. Khalid telah melihat perkembangan DEB dan pastinya benci kepada kebejatan dan kemusnahan agenda Melayu dalam perlaksanaan DEB. Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai pemimpin Melayu yang berpaksikan prinsip keadilan dan bukan Melayu kroni.

Saya sendiri pernah menegur dan mencuit Tan Sri Khalid dengan niat untuk membantu beliau di Negeri Selangor menjana pertumbuhan ekonomi serta menjamin kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama peka terhadap tuntutan politik. Khalid terima teguran secara berlapang dada dan tidak melatah walaupun dilontarkan provokasi oleh media jahanam UMNO.

Orang ketiga ialah Zaid Ibrahim. Beliau berwajah liberal dan profesional. Peranan Zaid semakin mencabar untuk mengimbangi kehidupan masa kini yang mendepani kelompok fanatik kaum dan agama. Pakatan Rakyat memiliki aset penting seperti Zaid untuk berperanan memperkasa agenda bersama dalam kerangka besar Pakatan Rakyat.

Saya bersyukur dapat mengenali dan bekerja sebagai satu pasukan dengan tiga anak Ibrahim yang berlainan dimensi tetapi berpegang kepada prinsip perjuangan yang luhur dan ikhlas.

Persoalan yang hangat diperkatakan hari ini ialah mengapa saya mendapat layanan istimewa ? Saya menjawab mudah dengan senyuman. Saya mengambil pengajaran dari Nabi Yusuf a.s. yang meriwayatkan kisah 7 tahun kemarau disusuli dengan 7 tahun yang subur. Nabi Yusuf a.s. adalah seorang yang amat dicemburui oleh ahli keluarganya sendiri dan juga sanak saudaranya sehingga dihumban ke dalam perigi. Namun, berkat kesabaran dan istiqamah, Nabi Yusuf a.s. akhirnya diberikan tanggungjawab untuk memikul amanah memimpin dan membawa kesejahteraan di Mesir.

Mungkin ada yang cemburu dengan saya kerana kesetiaan dan kepatuhan saya kepada perjuangan KEADILAN yang murni ini. Mungkin ada yang cemburu kerana prestasi kerja saya untuk memperkasa parti seperti yang ditulis oleh Joceline. Mungkin ada yang cemburu kerana kesetiaan saya kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Saya terima semua ini sebagai cabaran yang positif dan persaingan yang sihat.

Ayuh, rakyat Malaysia. Kita bangun dan lawan perosak dan penjahanam negara iaitu pemimpin elit dan bangsawan UMNO dan Barisan Nasional. Marilah kita bina Malaysia Baru yang lebih selamat dan sejahtera untuk rakyat Malaysia.

AZMIN ALI

Pegawai khas Ronnie Liu disiasat isu kongsi gelap


Okt 28, 09 11:45am
Pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu disiasat polis berhubung dakwaan yang mengaitkan pejabat exco tersebut dengan aktiviti kongsi gelap seperti ditulis seorang ahli parlimen PKR.

Daniel Chong dipanggil merekodkan keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di pejabatnya di Shah Alam sejak 10.45 pagi, kata seorang wakil rakyat DAP.

"Sekarang beliau masih di sana. Saya tidak pasti sampai bila," kata ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim kepada Malaysiakini hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, polis Bukit Aman dilaporkan mengambil keterangan kakitangan pejabat Ronnie dan seorang lagi ecxo Selangor, Ean Yong Hian Wah, berhubung dakwaan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Wee menyebut secara umum pembabitan seorang exco negeri dalam kegiatan kongsi gelap walaupun tidak menamakan sesiapa dalam artikel blognya, Julai lalu.

Pada 14 Ogos, Wee turut dipanggil ke ibu pejabat polis kontinjen Selangor untuk memberikan keterangan berhubung dakwaannya itu.
PKR Sabah terus bergolak
Okt 28, 09 3:28pm
PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.

"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti. BERNAMA


Nik Aziz berdepan PAS malam ini
Okt 28, 09 11:59am
Tumpuan mereka yang mengikuti konflik dalaman PAS semuanya kepada mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tiba-tiba mengubah pendirian - asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir - dengan kesediaan berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri.

Memetik kenyataan setiausaha politik menteri besar itu Anual Bakhri Haron, media rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan keberatan antaranya kerana DUN Kelantan masih bersidang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Nik Aziz, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membentangkan pendapatnya dalam mesyuarat khas itu.

Ia dijadualkan diadakan jam 8.30 malam ini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur susulan desakan tegas Nik Aziz untuk menganjurkan muktamar khas berhubung beberapa pemimpin kanan parti yang suka pada idea kerajaan perpaduan.

Selain Mustafa sendiri, mereka yang dipertikaikan oleh tokoh besar PAS itu termasuklah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Pertukaran sikap Nik Aziz dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu menjadikan pertemuan malam ini lebih menarik dan bakal menjadi fokus utama penyokong parti itu.

Dr Hassan, yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, dijangka hadir. Beliau menjadi sasaran utama kritikan Nik Aziz susulan kontroversi dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikaitkan dengannya.
Nizar: Selamatkan Perak, bubar DUN
Andrew Ong & Salhan K Ahmad
Okt 28, 09
1:51pm
Lapan bulan selepas digulingkan sebagai menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih bergantung harap agar pilihan raya baru diadakan secepat mungkin bagi mengakhiri krisis politik yang melanda negeri itu sekarang.

Katanya, amat penting bagi para pengundi dibenarkan membuat pilihan mereka melalui peti undi kerana krisis yang berlarutan itu telah mencetuskan kemelut ekonomi dan perlembagaan.

Bulan depan, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan terhadap saman Nizar bagi mendapatkan pengisytiharan sama ada beliau atau Datuk Zambry Abd Kadir menteri besar yang sah.

Nizar tidak pernah meletak jawatan menteri besar sejak pentadbirannya digulingkan Februari lalu.

Sehingga hari ini, Pakatan Rakyat terus 'mentadbir negeri' dan sentiasa mencuba 'menguasai' DUN di bawah 'speaker' V Sivakumar.

Nizar berkata, Zambry sepatutnya menggesa Sultan Perak supaya membubarkan DUN secepat mungkin supaya pilihan raya baru dapat diadakan dan seterusnya menamatkan kemelut politik di negeri itu.

Oleh itu, Nizar meminta jasa baik Zambry - sekiranya beliau mahu menyelamatkan Perak, membantu rakyat Perak dan mengutama kepentingan rakyat - supaya mendapatkan perkenan sultan bagi membubarkan DUN.

Katanya, ini akan meletakkan Zambry pada kedudukan yang mulia seperti yang dilakukannya sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan penting sebelum ini.

Nizar merujuk keputusan mahkamah tersebut yang mengiktiraf beliau sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas rayuan dibuat pada hari berikutnya.

Nizar berjanji, sekiranya permohonannya di Mahkamah Persekutuan itu berjaya, maka beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

"Itulah komitmen saya sekiranya keputusan mahkamah itu nanti memihak kepada saya.

"Kami mahu menunjukkan bahawa kami tidak mahu terus memegang kuasa, tetapi sebaliknya mahu menyerahkannya kepada rakyat untuk membuat keputusan," katanya.
DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul
Wartawan Malaysiakini
Okt 28, 09
9:19am
12.55pm: Dalam kekecohan persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usul.

12.37pm:
ADUN Pakatan meninggalkan bangunan SUK selepas memberitahu wartawan bahawa ia telah meluluskan tiga usul sewaktu 'bersidang', iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

12.15pm: Zambry bentang usul tangguhkan sidang DUN BN, dan diluluskan.

12.05pm: Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.

11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.

ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".

Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".

Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.

11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnnya dengan menepuk meja.

Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.

Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, October 27, 2009

Nik Aziz tidak mahu PAS “dihukum” seperti PRU 2004

Oct 27th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, black

Oleh Black

OKT 27 — Pilihanraya Umum (PRU) ke 10 pada tahun 1999 menyaksikan PAS meraih keuntungan dari gerakan Reformasi dimana negeri Terengganu Berjaya dirampas, negeri Kelantan dipertahankan dan dikalangan Barisan Alternatif yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Nasional (PKN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS memenangi paling banyak kerusi parlimen.

Arwah Ustaz Fadhil Noor ternyata bijak berpolitik apabila beliau terus mendekatkan dirinya dengan sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang Malaysia dan merupakan satu peristiwa yang bersejarah kerana sebelum itu, jawatan tersebut dipegang oleh DAP.

Pada ketika gerakan Reformasi memuncak dan demonstrasi demi demosntrasi dianjurkan untuk mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan, akhbar Harakah, lidah kepada parti PAS laris dan laku dijual dipasaran.

Peristiwa bersejarah itu juga telah menjalinkan hubungan diantara aktivis-aktivis PAS dengan aktivis-aktivis Reformasi dan NGO yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Perhubungan tersebut telah menyebabkan persefahaman timbul diantara mereka. Aktivis-aktivis Reformasi dan NGO mula memahami aktivis-aktivis PAS dan begitulah sebaliknya. Hubungan mesra ini terjalin dan sikap tolenransi timbul oleh kerana objektif yang satu, menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Apabila kerajaan Dr. Mahathir merampas royalti minyak milik negeri Terengganu yang dipimpin oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu, aktivis-aktivis Reformasi dan NGO turut turun bersama-sama dengan aktivis-aktivis PAS berdemonstrasi untuk mempertahankan “harta” milik rakyat Terengganu itu.

Semuanya dilakukan untuk memastikan negeri yang baru sahaja diambil oleh “rakyat” itu dapat dipertahankan.

Kesombongan dan kebodohan “membunuh” Umno yang pada ketika itu gusar oleh kerana kehilangan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu sewaktu PRU 1999 telah menimbulkan isu perpaduan dengan PAS.

Pada ketika itu, debat agar Melayu bersatu ditimbulkan. Tidak banyak bezanya dengan Muzakarah atau Muqabalah selepas PRU 2008. Kemuncaknya ialah apabila Presiden Umno, Dr. Mahathir dan Presiden PAS, Arwah Ustaz Fadhil Noor berjaya dinaikkan diatas satu pentas dalam isu Palestin. Nasharuddin Mat Isa yang kini Timbalan Presiden PAS adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS pada ketika itu.

Walaupun kedua-dua presiden parti Umno dan PAS bersama-sama dalam isu Palestin, signal yang ingin disampaikan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu ialah “Melayu” tetap bersatu.

Peristiwa 11 September 2001 telah memberikan keuntungan yang besar kepada Umno. Terutamanya dalam memberikan imej “Militan” kepada PAS kepada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Abdul Hadi Awang yang mengambil alih jawatan Presiden PAS selepas meninggalnya Arwah Ustaz Fadhil seakan-akan memberikan “vitamin” kepada Umno apabila mengeluarkan dokumen negara Islam.

Tindakan Abdul Hadi telah mendorong DAP keluar dari Barisan Alternatif. Ini telah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersorak kegembiraan.

Peristiwa-peristiwa seperti ini menambahkan lagi ketakutan rakyat bukan Melayu dan Melayu terhadap PAS. Insiden-insiden yang berlaku sepanjang 1999-2004 telah menyebabkan “hukuman besar” diberikan oleh pengundi-pengundi kepada Barisan Alternatif.

Desakan dalaman Umno telah menyebabkan Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Tindakan ini adalah tindakan yang tepat. Sebagai hasilnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr. Mahathir telah berjaya menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004. Malahan dikatakan kemenangan terbesar yang pernah dicapai oleh BN.

DAP yang mengambil tindakan yang tepat apabila keluar dari Barisan Alternatif sebelum PRU 2004 telah berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang mereka kalah dalam PRU 1999 dan Lim Kit Siang kembali menjadi Ketua Pembangkang. Parti Keadilan hanya berjaya memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pauh, kerusi tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz dan “geng perpaduan”

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah penentang utama kepada idea-idea penubuhan kepada kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno.

Idea ini adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku selepas PRU 1999. Idea ini timbul kembali selepas PRU 2008. Malahan watak-watak yang terlibat selepas PRU 1999 turut memainkan peranan besar pada ketika ini.

Nik Aziz yang telah berada dalam PAS sewaktu parti tersebut menyertai Barisan Nasional selepas 13 Mei 1969 dahulu tahu akan permainan atau “trick lama” ini. Sudah pastilah beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menentang keras cadangan untuk “berpadu” dengan Umno.

Beliau lebih percaya PAS mempunyai masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat berbanding bekerjasama dengan Umno.

Terbaru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mencadangkan agar muktamar khas diadakan oleh parti tersebut untuk membincangkan mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.

“Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

“Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

“Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?” kata Nik Aziz dalam blognya beberapa hari lalu.

Tulisan Nik Aziz dalam blognya adalah respon kepada analisis Dr. Aziz Bari, ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan permasalahan yang ditimbulkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hassan Ali dalam isu “beer” dan Selcat.

Dr. Aziz turut mengkritik Abdul Hadi sebagai Presiden PAS kerana tidak bersuara apabila kekecohan ditimbulkan oleh pemimpin PAS dinegeri Selangor dan menyamakan pemimpin tersebut dengan Tun Abdullah Badawi ketika memimpin Umno yang seringkali berdiam diri apabila anak-anak buahnya membuat “onar”.

Dr. Aziz turut berpendapat bahawa sudah tiba masanya Hassan Ali disiplinkan tetapi turut mengakui ianya sukar dilakukan oleh kerana Pesuruhjaya PAS tersebut disokong kuat oleh pemimpin PAS Pusat seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Langkah terakhir Mursyidul Am untuk selamatkan PAS

Dalam muktamar khas yang dicadangkan, Mursyidul Am PAS menekankan keperluan kepada proses pemilihan yang ringkas, telus, dan melindungi kerahsiaan undi.

Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan agar muktamar khas itu diadakan selama sehari atau dua hari mengikut kepada keperluan.

Kenyataan “radikal” menteri besar Kelantan itu adalah mengambil kira sentimen pengundi-pengundi muda dan bukan Melayu terhadap PAS. Ramai yang menyokong PAS kerana gagasan “Negara Berkebajikan” yang “dijual” semasa kempen PRU 12 bertukar menjadi “Unity Government”.

Dosa-dosa pemimpin PAS seperti Hassan Ali yang bertemu dengan pemimpin Umno selepas 8 Mac masih belum lagi dimaafkan oleh pengundi-pengundi yang memenangkan PAS terutamanya bagi pengundi-pengundi atas pagar dan bukan Melayu.

Hati mereka dirobek lagi apabila Hassan Ali “membuat kacau” dalam pentadbiran negeri Selangor yang seharusnya menjadi contoh pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Pemuda parti tersebut yang tidak habis-habis “melawan konsert” berbanding dengan melawan rasuah dan penyelewengan harta rakyat.

Cadangan Nik Aziz ini dilihat sebagai langkah terkahir untuk menyelamatkan parti tersebut daripada “dihukum” oleh pengundi dalam PRU akan datang. Beliau pastinya tidak mahu lagi melihat “peristiwa PRU 2004” berulang kembali dimana undi dan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat beralih 360 darjah kembali kepada BN.

Ini tidak mustahil berlaku jika PAS tidak sanggup mengorbankan pimpinan tertinggi mereka yang disokong kuat oleh akhbar Utusan Malaysia sebelum pemilihan agung bulan Jun lalu.

SUK Perak hilang!

Oct 27th, 2009 | By Admin | Category: utama

ss

Setiausaha Kerajaan Perak, Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman B. Hashim, dikhabarkan sudah tidak berada di negeri Perak. Ini ada kaitannya dengan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan esok.

Pihak Team PerakEx sedang menantikan kesahihan berita ini.

[lagi menyusul]

Bajet Kelantan bela golongan kurang berkemampuan


Tue | Oct 27, 09 | 4:21:27 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan Bajet Kelantan 2010 yang bertemakan 'Bajet Memacu Dalam Hemat' sebagai suatu bajet berkebajikan yang lahir dari cetusan pimpinan yang beriman dan bertaqwa.

Iklan

Ianya dapat digambarkan dengan pembelaan kepada golongan dhaif, miskin, OKU armalah dan warga emas yang turut diperuntukkan dalam bajet ini.

Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi dalam kenyataan medianya berkata Pemuda PAS Negeri melahirkan rasa bangga di atas keperihatinan itu apa lagi dalam suasana kegawatan ekonomi namun kerajaan negeri masih mengekalkan dasar kebajikannya untuk semua mereka yang memerlukan.

"Antara contohnya RM2juta masing-masing untuk untuk armalah dan danak yatim, RM5juta pula untuk Skim perlindungan sosial Tengku Anis (Kifaalah) dan RM4.7juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafat.

"Langkah-langkah yang jelas menunjukkan keperihatinan terhadap golongan dhaif amat terpuji dan Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa bangga dan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen itu," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang dianggap gagal dalam mentadbir walaupun peningkatan hasil 2010 dijangka meningkat kepada 387.38juta berbanding 2009.

Menurutnya, penafian dan tomahan tersebut jauh terpesong dari landasan sebenar kerana jika Kelantan mundur, bagaimana perolehan hasil setiap tahun bertambah.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda turut menyelar kenyataan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menganggap baje Kelantan 2010 sebagai sebuah bajet ala kadar kerana mengalami defisit.

Menurutnya, bajet deficit bukan sahaja berlaku di Kelantan sebaliknya mana-mana negeri termasuk di peringkat Parlimen juga.

"Sekiranya menganggap bajet Kelantan bajet ala kadar, berani kah Ketua Pembangkang mendakwa bajet Parlimen serta negeri-negeri lain juga bajet ala kadar?," soalnya.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda itu mencabar Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Pusat menyerahkan royalty pada kerajaan negeri sekiranya mereka tidak ingin melihat belanjawan kerajaan Kelantan defist pada masa akan datang.

"Kita juga berharap Pergerakan Pemuda Umno Kelantan turut bersuara serta menyokong bersama kita supaya Kerajaan Pusat menyerahkan royalty pada kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat keseluruhannya," ujarnya._

ADUN PR hadir sidang, dapat jaminan polis


Tue | Oct 27, 09 | 4:26:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: 28 ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan kehadiran ke sidang DUN esok setelah mendapat jaminan daripada pihak polis bahawa keselamatan mereka akan dijaga.

Iklan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata, mereka akan hadir berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah.

"Kami (ADUN Pakatan) akan hadir atas panggilan speaker yang sah. Saya tak mahu sebut nama, tapi saya tegaskan, speaker yang sah,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalil merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan jaminan akan menjaga keselamatan mereka itu.

"Saya ucapkan terima kasihlah di atas jaminan itu,"ujarnya.

Semalam, Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata kesemua ADUN Pakatan mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

"Sebelum ini kami (ADUN Pakatan) minta jaminan daripada pihak polis. Apa jaminan yang mereka boleh bagi untuk pastikan keselamatan kami terjamin," katanya lagi.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan laman web Malaysikini sebelum ini mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan.

Nizar juga memberitahu bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang esok.

Khalil sebentar tadi turut memaklumkan perkembangan terkini berhubung sidang DUN esok yang dihantar ADUN DAP Beruas Ngeh Kor Ham melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Ngeh membuat tinjauan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi melihat perkembangan terkini.

Ngeh dalam pesanannya memberitahu polis baru sahaja selesai memasang kamera berparabola di sekeliling Bangunan Perak Darul Ridzuan dihubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memantau sebarang kejadian esok.

"Polis turut memasang mesin pengesan di pintu masuk utama. Beberapa petugas sedang mencuba mikrofon tanpa wayar kemungkinan akan digunakan speaker mereka apabila mereka mematikan mikrofon ADUN PR," lapornya dalam sms berkenaan._

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas



Tue | Oct 27, 09 | 6:13:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.







Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _

Nuffnang Ads

Selasa, 2009 Oktober 27

RAYUAN SAEKOR KATAK



KESIAN LAH SIKIT BARDEER




MENGAPA SAYA SAJA DIGELAR KATAK - malaysikini

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.


KAH KAH KAH…


woit… APALAH KAU ORANG INI… TAK HABIS HABIS LAGI…kah kah kah..

woit… HORMAT LAH SIKIT…. kah kah kah..

kah kah kah kah… RESPEK LAAAA BARDEEER…. kah kah kah…

kah kah kah… INI DATIUK PADUKO PARWIRO BAGINDO PARJUANG KATUANAN MELAYAU… kah kah kah..

kah kah kah…INI PARJUANG MALINGSIA YANG PALIANG UNGGUL…kah kah kah..

kah kah kah…KAKI KALIANG TONG …KAKI MALEBONG..kah kah kah

woit… KENAPO WAK PANGGIL DIO KATAK… kah kah kah…

woit… INI MAT JONGANG LAAAA…. kah kah kah..

nota:
siapa berani minta tengok
gambar masa munkee ini berudu dulu
kenapa tak ada gambar dia berudu kah kah kah
Struktur lemah punca tragedi?
Okt 27, 09 8:01pm
Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

NONEBeliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.

Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

NONE"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.

Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.

Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian (foto, bertopi) mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.

Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.

"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Punca PAS terus dirundung konflik


Jimadie Shah Othman
Okt 27, 09
3:50pm
kemaskini 5.23pm PAS dilanda konflik berpanjangan – terbaru isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" yang ditimbulkan mursyidul amnya – kerana gagal menguatkuasakan keputusan badan tertingginya, termasuk muktamar tahun lepas.

Majlis Syura Ulama, satu lagi badan tertinggi yang boleh mengatasi keputusan jawatankuasa pusat PAS, bulan lalu memutuskan supaya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali "dinasihatkan" selepas mencetuskan beberapa kontroversi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

bukit selambau pas pkr anwar nik aziz ceramah 040409 09Bagaimanapun keputusan ini tidak dapat dipastikan sama ada pernah disalurkan kepada jawatankuasa pusat PAS sehingga mendorong, antaranya, ketua majlis itu Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan isu Dr Hassan.

"Majlis Syura yang bermesyuarat pada penghujung bulan lalu juga telah memutuskan supaya Dr Hassan 'dinasihatkan'.

"Selepas itu saya tidak tahulah sama ada keputusan ini disampaikan atau tidak," kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Malaysiakini difahamkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa tidak hadir dalam mesyuarat tersebut yang diadakan seminggu selepas sambutan Aidilfitri.

Sumber itu yakin artikel di Blog Tok Guru disediakan sendiri oleh Nik Aziz, dan bukan dikarang oleh penasihatnya seperti dipertikaikan oleh ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Dipercayai ia ditulis kerana isu ini sudah dipendam lama oleh menteri besar tersebut, tambah sumber.

hadi awang interview 040208 ponderingPemimpin tersebut, yang enggan mendedahkan identitinya, diminta mengulas sebab-sebab isu kerajaan perpaduan berlarutan dalam PAS sehingga mencetuskan kesan negatif terhadap parti itu walaupun muktamar di Ipoh pada Ogos 2008 memutuskan isu tersebut sepatutnya tidak lagi berbangkit.

Ditanya sama ada konflik itu berlarutan akibat mesyuarat gagal berfungsi kerana ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS takut kepada Abdul Hadi, sumber itu berkata:

"Dalam mesyuarat parti, kedua-dua pihak – sama ada dari kumpulan A atau kumpulan B – bebas menyuarakan pendangan masing-masing, kadang-kadang sampai melebihi adab (bermesyuarat), kadang-kadang presiden pun kena bantai teruk.

"Tetapi di akhirnya mereka (ahli mesyuarat) ini akan lebih berlembut."

Sumber itu sebaliknya menyalahkan gaya kepimpinan Abdul Hadi yang didakwanya "kurang tegas" berbanding dengan presiden PAS terdahulu, allahyarham Datuk Fadzil Noor.

"Dalam mesyuarat kita, keputusannya bagus tetapi pelaksanaannya tidak seperti itu.

"Macam isu (sikap Dr Hassan) di Selangor ini, segerakanlah ambil tindakan yang sesuai. Biar kita cakap serupa bikin," katanya.

Mengulas faktor yang menyebabkan mursyidul am menulis isu "pemimpin bermasalah" di blognya minggu lepas, sumber itu berkata Nik Aziz terdorong mencadangkan muktamar khas setelah mendapati keputusan muktamar 2008 yang memutuskan usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat telah dilanggar.

Walaupun isu melibatkan Dr Hassan baru-baru ini tidak berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan tetapi kontroversi jualan arak, tambah sumber, namun kegagalan PAS menanganinya segera mewujudkan krisis kepercayaan rakan gabungannya, PKR dan DAP.

Sumber juga berkata, kebimbangan Nik Aziz itu turut didorong oleh kemerosatan undi PAS di Bagan Pinang dan maklum balas daripada masyarakat bukan Islam yang tidak selesa dengan pendekatan Dr Hassan itu.

Diminta mengulas kemungkinan hasil mesyuarat khas malam esok bagi menjawab desakan Nik Aziz untuk mengadakan muktamar khas, sumber itu berkata:

"Apa jadi malam esok terpulanglah kepada keputusan yang dicapai bersama. Nik Aziz hanya mahu timbulkan perkara ini untuk dibincangkan."