Selasa, 2009 Oktober 06
PERTAMA MEMECAH BERITA - TERKINI DARI PARIS
ARWAH SITI AMINAH ABDULLAH
KENYATAAN YB TIAN CHUA DARI PARIS
Saya telah berada di kota Paris lebih dari satu minggu.
Saya telah dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan soalan
dari media Peranchis.
Media Peranchis mengemukakan pertanyaan:
Apakah manafaat lawatan rombongan Najib Razak
kepada pentabiran Sarkozy? Dan apa baiknya lawatan
ini kepada rakyat Peranchis?
Media Peranchis telah gagal untuk mendapat apa apa
jawapan dari soalan ini. Tidak ada sesiapa dari rombongan
Najib yang berani menjawab pertanyaan media Peranchis.
Semua membisu.
Apa yang cukup jelas lawatan Najib Razak ini telah
menimbulkan kembali keinginan media Peranchis untuk
membuka kembali kes pembunuhan Altantuya dan soal jual
beli kapal selam.
Altantuya yang pernah tinggal dan bekerja di Paris memiliki
ramai rakan kenalan. Justeru media Peranchis terus memburu
kawan-kawan lama Altantuya untuk mendapat kelainan
sudut berita.
Selama lebih satu minggu di kota Paris saya telah sempat
bertemu dan berbincang dengan beberapa orang Deputy ( YB)
Parlimen Peranchis. Saya telah memberi taklimat tentang
kedudukan hak asasi manusia, hak kebebasan media dan
hubungan dua hala.
Apa yang menarik perhatian kesemua ahli parlimen Peranchis
yang saya temui- mereka cukup berminat untuk mengetahui
dengan panjang lebar kes jual beli kapal selam
dan pembunuhan Altantuya.
Saya juga telah membuat pertemuan dan perbincangan dengan
beberapa Ngo Peranchis terutama FIDH.
Saya telah bertemu dan berbincang dengan William Bourdon
seorang peguam hak asasi manusia yang ulung.(berita lain menyusul)
No comments:
Post a Comment