Saturday, January 21, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA...


Wish your near and dear ones health, happiness and prosperity on Chinese New Year.

Friday, January 6, 2012

Saya ada video polis yang tumbuk saya- Safwan Anang

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 5 Jan: Muhammad Safwan Anang, Mahasiswa yang dipukul polis dalam himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu, mendakwa mempunyai rakaman video berkenaan.

“Saya ada video yang menunjukan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,”

“Rakaman video yang ditunjukan polis kepada umum itu adalah rakaman sebelum kejadian sekaligus bukan gambaran sebenar kejadian malam itu,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Safwan yang masih berkerusi roda, diiringi peguamnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, aktivis mahasiswa dan angggota keluarganya.

Menurut Safwan, fakta sebenar kejadian ialah anggota polis berkenaan menumbuk mulut beliau di bahagian kiri dengan kuat sehingga berdarah.

“Anggota polis itu juga menggunakan lututnya dengan menghentak di rusuk kanan saya sehingga saya sukar bernafas dan tidak sedarkan diri.

“Saya hanya sedar semasa berada di klinik kesihatan Tanjung Malim lebih kurang sejam selepas itu dan saya juga ada menyimpan video mengenai anggota polis itu,” katanya.

Safwan juga mendakwa dipaksa polis agar menandatangani surat agar mengaku kononnya cedera kerana merempuh cermin klinik bagi menutup kesalahan polis pada malam kejadian itu.

“Saya percaya tindakan polis itu adalah kesalahan jenayah serius terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan,” katanya

Thursday, January 5, 2012

KENYATAAN MEDIA

Cabang Putrajaya telah mengenalpasti TWITTER @AMKPutrajaya adalah bukan akaun rasmi dari AMK Cabang Putrajaya.



Malah bukan juga dari mana-mana akaun ahli dari Cabang KEADILAN Putrajaya. Oleh itu kami tidak bertanggungjawab segala tulisan dan komen yang dikeluarkan oleh Twitter berkenaan.

Oleh itu sukacita dimaklumkan, Twitter AMK Cabang Putrajaya yang rasmi adalah
@AMK_Putrajaya. Akaun ini sedang dikemaskini dan terus menyiarkan berita-berita yang berkaitan dengan parti dari masa ke semasa.

Kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuka akaun palsu Twitter AMK Cabang Putrajaya, kami tidak teragak-agak akan mengambil langkah undang-undang seterusnya sekiranya mengeluarkan berita rasmi dari AMK Cabang Putrajaya.

Sekian

Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya