Thursday, August 28, 2008
Pilihanraya kecil P44 - Kita Menang
Salam Reformasi,
Syukur Alhamdulillah, DSAI menang besar dgn majority 15,671, lebih dari 2,000 undi tambahan berbanding pada PRU12. Jelas sekali usaha BN yg bersungguh2 ingin menjatuhkan dan mencemarkan nama DSAI 'back fired' terutama sekali tentang isu 'sumpah laknat'. Dgn izin allah swt, imam yg terlibat, ust. Ramlang Porigi, telah membuat satu pengakuan tergempar yg memberi kesan positif dan sekaligus menggagalkan usaha UMNO untuk menggunakan isu sumpah ini. Tahniah kpd mereka yg terlibat menguruskan pengakuan ust. Ramlang ini, terutamanya Abg Man. Tahniah kpd semua yg terlibat, dari semua peringkat , pimpinan, akar umbi, rakyat dan terutamanya pengundi bijak P44. Ini adalah kejayaan untuk rakyat. Bak kata YB Chia ketika berceramah kpd komuniti siam, "Anwar Chak, Kun Chak" maksudnya "Anwar menang, Rakyat Menang".
DSAI telah pun mengangkat sumpah sebagai YB Permatang pauh pagi tadi. The next step is Putrajaya. Semoga perjalanan dan usaha ini mendapat rahmat dan berkat dari Allah swt dan harapan kita untuk mengambil alih tampuk pemerintahan persekutuan menjadi kenyataan, Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment