Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa & Mesyuarat AJK







Slm, alhamdulillah majlis berbuka puasa, solat tarawih dan mesyuarat AJK PKR Putrajaya yang diadakan di restoran kagumas, bangi berjalan dgn lancar dan meriah sekali. selain dari AJK PKR Putrajaya, majlis juga dimeriahkan lagi dgn kehadiran jemputan khas seperti Sdr Mustaffa kamil ayub, cikgu bad, hj romli, yahya sahri, bahrin, najmudin dan juga yb cikgu lee yg hadir seketika sahaja kerana perlu pergi kebeberapa tempat lain. Ust Ramlang Porigi juga turut serta dan menjadi imam solat maghib, isyak, hajat & tarawih.

Mesyuarat pertama PKR Putrajaya (penaja) dirasmikan oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan didlm ucapanya beliau ada menyatakan pentingnya tarikh 17 sep bersamaan dgn 17 ramadhan iaitu ianya adalah hari Nuzul Quran. dan beliau sempat memberi sedikit penjelasan tentang kebesaran al-quran. Selain dari itu, Sdr Mustafa juga mengucapkan tahniah kpd Sdr Onn dan AJK kerana menubuhkan bahagian Putrajaya. Ini adalah satu langkah yg tepat sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah bagi menyambut kedatangan DSAI ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri yg baru. Insyaallah.

Mesyuarat yg dikendalikan oleh Sdr Onn berjalan dgn begitu lancar dan pantas sekali. Ini adalah kerana sebelum ini jawatankuasa pentadbiran telah pun mengadakan mesyuarat persediaan bagi mesyuarat ini. Insyaaalah, PKR putrajaya akan mengadakan majlis rumah terbuka aidil fitri dan MATB pada minggu ke 2 atau 3 bulan shawal tentatively di Hotel Impiana. sumbangan ikhlas dari AJK bagi dana awal pada malam itu berjumlah lebih dari seribu ringgit. alhamdulillah.

sekian. wslm

3 comments:

onn said...

Tahniah Sdr.

Berlumba dgn Jamilkucing update info...!!!

Kerja berat akan jadi ringan kalau sdr sentiasa ceria...

JAMILKUCING said...

Hehe tapi aku geram betul sdr.dekat 1 jam sesat. mula ingat tak nak ganggu sdr tapi dah tak terdaya. tanya orang put tak tahu.kalaus aya teruskan lagi satu traffik light mesti dah sampai. lain kali jgn la buat di cerok hutan. hehehe apa pun terimaksih. cuma sdr nampak berubah
sedikit!!!!!! heheheheh

cheguBard said...

tahniah... Bro. Onn dan teman semua teruskan usaha ...ada apa nak bantu sms terus...!!