Sunday, October 26, 2008

MATB dan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr








bi







Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian (MATB) dan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr (MRTEF) PKR Putrajaya yang berlangsung pada 19 Oktober 2008 di Impiana KLCC Hotel & Spa, KL berjalan dengan lancar dan meriahnya.

MATB yang dipengerusikan oleh Hj Mohd Salleh Bakar (HMS) yang di jemput khas untuk majlis ini, berjalan dgn begitu lancar dan dapat disempurnakan dlm masa kurang dari 1 jam.Kehadiran tokoh seni seperti HMS sudah tentulah majlis penuh dgn selingan jual beli pantun, syair dan sajak.

MRTEF juga berjalan dengan begitu lancar, meriah dan 'grand' sekali. Majlis yang dihadiri oleh lebih dari 200 orang ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang baik memandangkan pada hari yang sama, dimana-mana sekitar Lembah Klang,terdapat majlis yang serupa dan pada masa yang sama, cuaca tidak begitu baik. Dikalangan pemimpin PKR yg hadir adalah ahli MPT seperti Sdr Saiful izham dan yahya Sahri, pimpinan negeri dan bahagian seperti Sdr Azman Abidin, Hamidi hassan, matzaman dan beberapa orang lain. Ustaz Ramlang Porigi juga turut hadir. Persembahan dari kumpulan nasyid terkenal, nowseeheart, menghiburkan tetamu sepanjang majlis ini. Majlis juga diselang selikan dgn penyampaian sajak, syair dan pidato oleh HMS, Pn. Rohani, Pn. Thuraya dan lain2. Majli Rumah terbuka ini dipengerusikan dgn baik sekali oleh Sdr Dzulkarnain Taib. Majlis ini akan menjadi lebih sempurna lagi dengan kehadiran Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Datuk Sri Wan Azizah, tetapi oleh kerana sebab2 yang tak dapat dielakkkan kedua2 pemimpin kita ini tidak dapat hadir.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kedua2 majlis ini, seperti AJK Sekretariat MATB dan MRTEF yg dipengerusikan oleh Sdr Suhaimi Salleh, Srikandi2 putrajaya yang diketuai oleh Kak Ani, AMK yg diketuai oleh Sdr Radzman dan kpd semua yang terlibat. pohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan nama semua yang terlibat kerana terlalu ramai. Tidak lupa juga jutaan terima kasih dari Ketua Bahagian, Sdr Onn dan semua AJK dan ahli PKR Putrajaya kepada pihak yang sangat bermurah hati 'sponsor' majlis ini, "terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi". juga terima kasih kpd pihak hotel yg memberi kerjasama yang begitu baik sekali. tahniah kpd semua.

Mamandangkan kita masih lagi dlm bln syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "selamat hari raya dan maaf zahir batin". Pohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan jika ada nama2 yang saya tertinggal pohon maaf, terlalu ramai yang terlibat menjayakanya. kepada Sdr Jamil kucing, pohon maaf juga kerana ambil masa terlalu lama, iaitu 1 minggu nak update blog ini. Kepada semua ahli pkr putrajaya, saya akan kendalikan galeri flickr untuk gambar2 majlis ini dlm masa yg terdekat ini. Jazakallah.

No comments: