Tuesday, September 29, 2009

Calon PAS dalam PRK DUN Bagan Pinang....!!!


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson. Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

MERIAHNYA RUMAH TERBUKA CABANG PUTRAJAYA...!!



Tanpa disangka Majlis Rumah Terbuka Cabang Putrajaya yang dianjurkan secara sederhana di Desa Pinggiran Putra dikunjungi para tetamu, baik yang dekat maupun yang jauh. Walaupun sedikit terpinggir dari Pusat Putrajaya, namun kehadiran tetamu tidak mengecewakan. Sdr Zack, Pengurus Bolasepak Selangor yang terkenal becoknya akhirnya memohon maaf kerana beliau sesat dan tidak menemui Pesiaran Timur iaitu laluan utama ke Desa Pinggiran Putra.
Kepada Exco Selangor, YB Tuan Hj Yaakob Sapari, barisan AJK Cabang Putrajaya mengucapkan terima kasih kerana sempat meluangkan masa bersama-sama kami serta tetamu yang hadir.
Begitu juga kami tidak lupa kepada pimpinan tertinggi parti seperti Tuan Syed Shahir, Hj Mustaffa Kamil dan lain-lain yang turut menikmati hidangan istimewa yang disajikan.

DUA IMAM TURUT HADIR MEMERIAHKAN...!!!


















Kami ucapkan terima kasih kepada kedua-dua Imam yang berjiwa kental yang turut memeriahkan majlis kami pada petang Ahad semalam.

Dari kiri Ustaz Ramlang Porogi mendokong anak dan Ustaz Shamsul Firdaus AlHafiz yang hadir bersama isteri masing-masing..!!

Monday, September 28, 2009

RUMAH TERBUKA NIK NAZMI...


Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...

Pada jam 10.00 pagi - 2.00 petang,
Hari: Ahad 4 Oktober 2009
di Blok 7 & 8 Pangsapuri Lindungan,
Jalan PJS6/3B, 46000 Petaling Jaya

Rumah Terbuka Aidilfitri YB Rodziah...!!

Hari Jumaat: 2 Oktober 2, 2009
Masa: 2:00pm - 6:00pm
Location: Sekyen 17, Shah Alam.

KENYATAAN RUMAH TERBUKA....!!


Majlis Eidul Fitri dan Deepavali Parlimen Batu

Hari Ahad, 18 Okt, Jam 12 tgh di Taman Seri Murni, Selayang.







RUMAH TERBUKA DUN SRI ANDALAS & PARLIMEN KOTA RAJA

Hari Ahad, 10 Okt, Jam 11 pagi di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas. Klang

Wednesday, September 16, 2009

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI...


RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI SELANGOR...!!

Date: Sunday, September 20, 2009
Time: 10:00am - 3:00pm
Location: SACC Convec ( Shah Alam Convention centre)

JEMPUTAN WALIMAH TERBUKA....!!


"Selamat Pengantin Baru"

Ain Najwa Bte Badrulamin.

Jemput semua ke walimah anak kami (ain najwa)
3 Okt 09, Sabtu,
di Masjid Faizin Desa Jaya Kepong
10pg - 5ptg.
Ajak semua kuarga sahabat handai.

Tolong panjangkan jemputan.

TQ. Salam

NIK NAZMI: 16 SEPT....!!!


MENYAMBUT HARI MALAYSIA...!!!
Sept 16 — Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia di Dewan Jubli Perak Selangor baru sahaja selesai.

Sebagai anggota jawatankuasa penganjur program tersebut, saya gembira program tersebut yang dihadiri wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ahli majlis daripada segenap pelusuk Selangor berlangsung dengan baik.

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor; YB Tuan Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor dan YB Dr. Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor berucap berserta dengan ucapan daripada tetamu khas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (Sabah) dan Baru Bian (Sarawak).

Saya sempat mengemaskini status Twitter saya (yang dihubungkan dengan Facebook saya), menghargai rakan-rakan di Twitter dan Facebook yang memberi cadangan menyanyikan lagu Malaysia Berjaya pada majlis tersebut.

Seperti biasa timbullah perbahasan bersemangat di Facebook saya. Ada yang pelik apa signifikan 16 September? Ada yang cuma teringatkan agenda 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada pula yang mengatakan seolah-olah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu diperkecilkan.

Ya, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Itu fakta sejarah. Saya sendiri menerimanya, malah apabila ada yang mahukan Hari Kemerdekaan disambut pada 16 September saya tidak bersetuju, kerana hakikatnya Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957.

Tetapi Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura (hingga 1965), Sabah dan Sarawak terbentuk pada 16 September 1963. Itu juga fakta. Sabah dan Sarawak masih lagi terjajah hingga tarikh tersebut.

Apakah salahnya kita merayakan kedua-dua tarikh tersebut yang penting dalam lipatan sejarah negara? Mengapa perlu kita takut memberikan penekanan terhadap 16 September 1963?

Malah, sebenarnya bulan kemerdekaan secara dasarnya dirayakan daripada 17 Ogos hinggalah 16 September. Tetapi 16 September sering dipinggirkan. Semalam akhbar Malay Mail menjalankan tinjauan dan ramai rakyat Malaysia di Semenanjung yang tidak sedar signifikan tarikh besar dalam pembentukan negara bangsa kita ini.

Rasa kecil hati masyarakat Sabah dan Sarawak juga berputik daripada perkara-perkara lain, termasuk penghakisan prinsip Federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kita dan merupakan jaminan bapa-bapa kemerdekaan kita kepada masyarakat mereka dalam menarik mereka turut serta membentuk Malaysia dahulu. Malah, kini Federalisme turut terhakis di negeri-negeri di Semenanjung yang memilih pembaharuan.

Berikutan gelombang perubahan politik 8 Mac 2008, BN kalah dari segi undi popular di Semenanjung Malaysia. Dari segi kerusi Parlimen, BN menang tipis lima kerusi (kini empat kerusi). Kemenangan BN datang daripada Sabah dan Sarawak sehingga dianggap menjadi simpanan kekal BN.

Justeru, wajarkah kita mempertikaikan mengapa masyarakat Sabah dan Sarawak sensitif dalam hal ini? Sudah lama mereka merasakan negeri-negeri mereka yang kaya dengan hasil mahsul dan khazanah namun terus berhadapan dengan jurang kekayaan dan masalah pembangunan seperti negara-negara di Afrika. Kita menjerit-jerit tentang hak Bumiputera, tetapi masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak merasakan diri mereka terpinggir.

Sewajarnya, semua warganegara kita tidak patut merasakan diri mereka tertinggal mahupun terasing. Bukan itu yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita.

Ini juga bukan satu tindakan bagi menidakkan kemerdekaan kita pada 1957 dan pejuang-pejuangnya. Bagi penyokong UMNO yang begitu sensitif dengan tarikh 1957, mereka juga harus menginsafi bagaimana ketika AMCJA-PUTERA dipimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya sudah melaungkan slogan Merdeka pada 1946, UMNO memperlekehkan mereka. UMNO cuma berani melaungkan ‘Hidup Melayu!’. Hanya kemudian UMNO mengubah laungan mereka kepada Merdeka dan berani memikirkan idea Merdeka.

Kalau nak diikutkan sejarah, banyak pewaris AMCJA-PUTERA termasuk PAS dan Parti Rakyat Malaysia (parti yang bergabung dengan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat) turut kritis terhadap pembentukan Malaysia.

Namun hakikatnya, Malaysia sudah pun wujud hari ini. Semua menerimanya. Dalam keadaan 1Malaysia menjadi istilah paling bergaya hari ini, jangan kita lupakan saudara-saudara seMalaysia kita di Sabah dan Sarawak.

Monday, September 14, 2009

UCAPAN TAHNIAH....!!!


ADUN KULIM angkat sumpah...!!!

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee hari ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Kedah yang baru bagi mengisi tempat Mohamad Radzhi Salleh yang disingkir selepas mengisytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas, pada 25 Ogos lepas.


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah itu di hadapan baginda di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit dekat sini.Lim, 37, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Perpaduan .

Thursday, September 10, 2009

KENYATAAN MEDIA...

MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI SEMBILAN SETUJU CALON PAKATAN RAKYAT DARI PAS UNTUK PRK N31 BAGAN PINANG

Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telahpun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihan Raya Kecil N31, Bagan Pinang, KEADILAN Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.

Dengan ini juga KEADILAN Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihan raya tersebut nanti.

Yang lebih penting KEADILAN Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi supaya kemenangan Pakatan Rakyat mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.

KEADILAN akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.

Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.


DATO’ KAMARUL BAHARIN ABBAS
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Sembilan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Setia
Datanglah beramai-ramai....

Host: DUN Seri Setia

Date: Sunday, October 4, 2009
Time: 10:00am - 2:00pm
Location: Blok 7 & 8 Pangsapuri Lindungan
Street: Jalan PJS6/3B
City/Town: Petaling Jaya, Malaysia

Phone: 0378063660
Email: niknazmi@niknazmi.com

http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Jalan+PJS6%2F3B%2C+Petaling+Jaya%2C+Malaysia

KENYATAAN MEDIA...!!


SEPTEMBER 9, 2009

PEGUAM NEGARA PERLU JAGA KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SHAH ALAM:

Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua pegawai dan kakitangannya. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setelah mendapat persetujuan EXCO, telah mengeluarkan Pekeliling No. 4 bertarikh 22 Julai 2009 yang menyatakan bahawa Pegawai dan Kakitangan perlu memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara 8.00 pagi sehingga 6.30 petang di dalam pejabat masing-masing dan dengan diberi akses kepada khidmat guaman.

Malangnya, keputusan ini ini telah ditentang oleh Peguam Negara Malaysia yang telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2009 untuk membatalkan pekeliling tersebut. Saya sebagai Menteri Besar dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah pun menjawab afidavit Peguam Negara dan antara lain telah menyenaraikan kes-kes penyiasatan dan soal-siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di semua peringkat, bermula dengan saya, sebagai (i) Menteri Besar, (ii) Pegawai Kewangan Selangor (iii) pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar (iv) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) dan (v) pembantu mereka, (vi) Ahli Dewan Negeri Selangor, (vii) kakitangan awam di Pejabat Tanah dan Daerah dan Majlis Perbandaran di negeri Selangor dan juga (viii) kakitangan Syarikat-syarikat Negeri dan anak-anak syarikatnya.

Siasatan yang dijalankan akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa, sehingga ada yang melewati tengah malam dan keesokan harinya. Malah, saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah dilakukan secara rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata-mata. Selain daripada afidavit tersebut, Kerajaan Negeri Selamgor juga telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar juga di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan permohonan Peguam Negara. Kami berasa perlu membuat permohonan ini kerana, kami berpendapat, antara lain, Peguam Negara tiada locus standi untuk memulakan prosiding ini yang sepatutnya dimulakan oleh SPRM.

Kami menyatakan bahawa Seksyen 30 Akta SPRM yang membenarkan para pegawai SPRM menyoal siasat pada bila-bila masa dengan menggunakan apa cara sekalipun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira hak-hak di bawah Perlembagaan dengan pendekatan penyiasatan yang professional. Di dalam kes ini, hak-hak asasi telah dikesampingkan dan berlaku pelanggaran hak kebebasan asasi atau kebebasan diri yang diperuntukkan dalam Perkara 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajan Negeri berpendirian bahawa peruntukan SPRM tersebut juga tidak konsisten dengan hak seorang pekerja Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditahan untuk dinasihati oleh seorang peguam pilihannya seperti yang disebut dalam perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri juga berpendapat tindakan SPRM merupakan satu bentuk diskriminasi yang nyata terhadap Kerajaan Negeri Selangor berbanding dengan kes-kes lain yang disiasat di negeri-negeri lain di Malaysia pada masa yang sama.Oleh itu, kami juga berpendirian bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan perlindungan Kesamarataan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu bentuk diskriminasi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam perkara 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, pada pandangan saya, adalah wajar bahawa sebagai penjaga kepentingan awam, Peguam Negara Malaysia bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Wednesday, September 9, 2009

RISALAH....!!!

Salam Sejahtera.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan risalah berhubung isu pemindahan Kuil Sri Mariamman di Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Risalah ini diterbitkan adalah bertujuan memberi maklumat yang tepat mengenai isu berhubung pemindahan kuil ini. Ianya boleh dimuat turun melalui laman web www.selangorkini.com.my/my.

Kerajaan negeri berharap dengan adanya maklumat yang tepat dan telus mengenai isu pemindahan kuil ini akan memberi gambaran yang sebenar berhubung Permidahan Kuil Sri Mariamman.

Sunday, September 6, 2009

KENYATAAN MEDIA...!!

SELANGOR MAHU BATAL PERMOHONAN PEGUAM NEGARA ..
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.
Afidavit tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3pm. Afidavit yang telah difailkan mempunyai dua tujuan iaitu menentang permohonan yang difailkan oleh Peguam Negara, dan keduanya menyokong permohonan kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan tindakan Peguam Negara malalui satu Saman Dalam Kamar yang juga telah difailkan pada hari ini.
Afidavit setebal 55 mukasurat antara lain menyatakan bahawa pekeliling bertarikh 28 Julai 2008 telah dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang Undang Negeri dan dikeluarkan bagi tujuan untuk membantu siasatan SPRM dan bukan sebaliknya. Menteri Besar juga telah berkata dalam afidavit tersebut bahawa Peguam Negara tidak mempunyai hak memulakan prosiding (locus standi) untuk memfailkan permohonan tersebut kerana pekeliling tersebut hanya berkait langsung dengan SPRM, sebuah badan berkanun, dan bukan Peguan Negara.
Afidavit tersebut juga memperincikan kacau ganggu yang dilakukan oleh SPRM terhadap pentadbiran Negeri Selangor dan bahawa kaedah siasatan yang diguna pakai oleh SPRM tidak mengikut lunas undang-undang sepertu siasatan melalui panggilan telefon tanpa notis, kunjungan mengejut tanpa pengenalan diri, tuntutan dokumen tanpa notis dan soal siasat saksi yang kadang kala menjangkau tempoh lewat malam.
Menteri Besar juga menyatakan bahawa pekeliling itu tidak mencabar peruntukan siasatan SPRM, tetapi sebenarnya peruntukan di dalam Akta SPRM itu yang mencabar peruntukan perlembagaan yang menekankan hak kehidupan dan kebebasan (right to life and liberty), hak untuk mendapat khidmat guaman pilihan (right to counsel of choice) dan hak kesamarataan (right to equality).

Wednesday, September 2, 2009

SEMUA DIALU-ALUKAN....!!!


PERTANDINGAN NGAIL PANTAI.

Tarikh: Ahad 25 Okt 2009
Tempat: Pantai Sekendi Sabak Bernam.
Masa: 8 pagi - 1 ptg.
Yuran: RM30 satu Joran.

Hadiah: Juara RM3000.
Kedua RM1000.
Ketiga RM500.
6 saguhati RM100 tiap satu.

Dapatkan tiket sambil menderma untuk keADILan Sabak Bernam.

Hubungi Us.Bad 013-3974050
atau
Sani 014-6616200
sebelum 15 Okt.

Salam.