Sunday, August 12, 2012

Kami tetap mengenang mereka yang telah berjasa...

Alhamdulillah. Kami sempat menziarahi 2 reformis KEADILAN diawal penubuhan parti. Mereka ini adalah penggerak parti yang aktif. Pernah menjawat jawatan pegawai bank dan syarikat swasta, namun mereka tidak kenal erti jerit perit dan kesusahan dalam perjuangan malah mereka adalah barisan hadapan didalam era reformasi. 

Hari ini kami disambut ceria oleh sdr Jasni, 50 tahun, yang tinggal di Bandar Rinching, Semenyih walaupun sudah terlantar di atas katil selama 10 tahun akibat serangan demam denggi berdarah. Dan kami terharu semangat perjuangan keadilan tidak pernah luntur malah mendoakan kami agar terus berjuang.

Sejurus itu kami terus ke rumah sdr Jaafar Omar, di Cheras. Tahun ni tahun keempat beliau berkerusi roda setelah mendapat kemalangan ngeri di Taman Counnaught, Cheras 4 tahun lalu. Seperti sdr Jasni, semangat perjuangan masih tinggi dan mendoakan kita semua beroleh kejayaan. Akhir sekali terima kasih kepada penyumbang yang ikhlas dalam program hari ini. Semoga Allah merahmati.

Ketua Cabang
12 Ogos 2012

KONSEP KAFIR HARBI-ZIMMI, SATU PENJELASAN


KENYATAAN MEDIA


Petaling Jaya, Selangor, 11 Ogos 2012.  Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Sa抦ah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP. 

KEADILAN berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari抋h dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi?,

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam.  Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis. 

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul 揗uwatinun La Zimmiyyun?(Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini. 

Shaikh Taha Jabir al-慖lwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa.  Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta抦in ?memang dicipta oleh para ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.  

Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi.  Hasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.
 
Adalah jelas, cara UMNO menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa抦ah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.  Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.    

Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, UMNO terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.  Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi UMNO dengan sengaja menimbulkan polemik ini?  

KEADILAN berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus Negara selepas PRU ke 13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu抋lam. .

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan, PKR
11 Ogos 2012

Sunday, August 5, 2012

Siri pembohongan George Kent dalam skandal LRT Ampang..


Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.
Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.
Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:
- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan
- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak
- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal
Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia.
Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.
Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:
Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;
Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.
Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak.
Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;
Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal.
Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.
Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.
Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara.
Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.
Lebih merunsingkan, ia membayangkan ‘lesen besar’ yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.
Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.
Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato’ Seri Najib kepada syarikat itu.
George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa bersama warga KEADILAN Putrajaya..

Alhamdulillah. Majlis berbuka puasa bersama ahli KEADILAN Putrajaya di sebuah restoran Bandar Baru Bangi. Terima kasih kepada mereka yang dapat meluangkan masa.



Salam Ramadhan...