Alhamdulillah. Kami sempat menziarahi 2 reformis KEADILAN diawal penubuhan parti. Mereka ini adalah penggerak parti yang aktif. Pernah menjawat jawatan pegawai bank dan syarikat swasta, namun mereka tidak kenal erti jerit perit dan kesusahan dalam perjuangan malah mereka adalah barisan hadapan didalam era reformasi.
Hari ini kami disambut ceria oleh sdr Jasni, 50 tahun, yang tinggal di Bandar Rinching, Semenyih walaupun sudah terlantar di atas katil selama 10 tahun akibat serangan demam denggi berdarah. Dan kami terharu semangat perjuangan keadilan tidak pernah luntur malah mendoakan kami agar terus berjuang.
Sejurus itu kami terus ke rumah sdr Jaafar Omar, di Cheras. Tahun ni tahun keempat beliau berkerusi roda setelah mendapat kemalangan ngeri di Taman Counnaught, Cheras 4 tahun lalu. Seperti sdr Jasni, semangat perjuangan masih tinggi dan mendoakan kita semua beroleh kejayaan. Akhir sekali terima kasih kepada penyumbang yang ikhlas dalam program hari ini. Semoga Allah merahmati.
Ketua Cabang
12 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment