Wednesday, September 5, 2012

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN


  • Ahmad Fadli KC
  • 3:13PM Sep 5 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo. 

NONE"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.

"Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya.

Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Audit: Urus niaga S'gor-Talam bebas keraguan



  • Ahmad Fadli KC
  • 3:38PM Sep 5 2012
 
Juruaudit KPMG sahkan bahawa urus niaga antara kerajaan Selangor dan Talam Corporation melibatkan kutipan hutang RM392 juta tidak mengandungi unsur-unsur keraguan.

Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May yang hadir pada sidang media bersama menteri besar tengah hari tadi menyatakan, semua transaksi melibatkan pembayaran hutang itu mematuhi undang-undang dan amalan perakaunan.

NONEMenurutnya, KPMG mengambil masa sebulan bagi memeriksa transaksi yang direkodkan bersama dokumen-dokumen sokongan.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan audit itu tidak dibuat untuk memeriksa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan MCA terhadap kerajaan Selangor sebelum ini.

"Ia tidak dibuat untuk memeriksa sama ada tuduhan terhadap kerajaan Selangor sebelum ini benar atau tidak," katanya.

Audit yang dilakukan ini adalah komitmen Khalid Ibrahim sebelum ini yang menolak penubuhan siasatan terbuka untuk meneliti penstrukturan semula hutang Talam Corporation.

Beliau sebaliknya, awal Ogos lalu, menawarkan untuk melantik firma audit bebas bagi tugas tersebut.

Khalid: Jangan ganggu MB
Ia dilakukan bagi menangkis dakwaan MCA yang mendakwa Selangor membelanjakan RM1 bilion untuk menyelamatkan Talam daripada hutang.

Pada sidang media sama, Khalid turut mengedarkan helaian jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan kutipan hutang itu.

NONEMenurutnya, ia disediakan untuk membantu media dan orang ramai termasuklah 'rakan-rakan dari MCA' untuk memahami perkara tersebut dengan lebih baik.

Beliau menegaskan bahawa proses yang berlaku adalah kutipan hutang dan bukannya 'bailout'.

"Dalam kes ini, aset (Talam) digunakan untuk menyelesaikan hutang. Kaedah kerajaan negeri adalah mendapatkan aset Talam menerusi perjanjian penyelesaian," katanya.

Beliau turut menggesa MCA agar menghentikan dakwaan bahawa kerajaan Selangor membelanjakan RM1 bilion dalam urus niaga jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

"Kalau dia teruskan cakap kerajaan Selangor seleweng RM1 bilion, kita akan teruskan saman.

"Jangan ganggu MB, beliau sangat 'mahal'," katanya separa serius.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG


Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama DSAI..



Di Negeri Sembilan, Melaka & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7 – 9 September 2012 (Jumaat – Ahad)

7 September 2012 (Jumaat) – Negeri Sembilan
MASA
PROGRAM
LOKASI
1.00 – 2.00 ptg
Solat Jumaat
Masjid Jamek Port Dickson

2.30 – 3.30 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Teluk Kemang

Pusat Khidmat ADUN Port Dickson,  Port Dickson Centre Point, Port Dickson.

4.30 – 5.30 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri DUN Sikamat
Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Taman Sikamat Jaya,  Seremban


5.45 – 6.30 ptg
Santai Petang
(DUN Ampangan)
Tapak Pasar Malam Ampangan, Taman Ampangan, Seremban.

7.15 – 8.30 mlm
Solat & Tazkirah Maghrib
Surau An-Nur, Fasa 2, Seremban Selatan, Senawang.

9.00–12.00 mlm
Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lot 20290, Jalan Ribu, Rantau (berhampiran Klinik Kesihatan Rantau)



8 September 2012 (Sabtu) – Melaka
MASA
PROGRAM
LOKASI
3.30 – 4.30 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin
Kampong  Kelubi, Jasin.



5.00 – 6.00 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Melaka
Jln Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka


8.00 – 8.45 mlm
Rumah Terbuka PKR Tangga Batu

Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka
9.00–12.00 mlm
Ceramah Perdana
Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka

9.00– 2.00 mlm
Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka





9 September 2012 (Ahad) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MASA
PROGRAM
LOKASI
11.00 – 12.00 tghari
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Lembah Pantai

Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam
12.30 – 1.30 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Bandar Tun Razak

Padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak
2.00 – 3.00 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Pusat

Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru
3.30 – 4.30 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Batu

Dataran 1, PPR Batu Muda
4.45 – 5.45 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Setiawangsa

No 9 -2, Jalan 46B/26, Pusat Bandar Sri Rampai, Setapak
6.00 – 7.00 ptg
Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Wangsa Maju

Tapak Pasar Malam, Taman Melati (Dekat LRT Terminal Putra/LRT Gombak)

MEMBANTERAS BUDAYA POLITIK GANAS DAN SAMSENG

KENYATAAN MEDIA

Petaling Jaya, Selangor, 4 September 2012.  Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal atas provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan yang mendakwa pendesak Melayu PERKASA di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September 2012 yang lalu.  

Tindakan agresif dan ganas mereka - mengungut, menjerit, memadamkan lampu, membaling kasut dan cuba melempar batu – semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam. Apatah lagi ia dilakukan dengan keizinan pihak Imam dan pengurusan masjid berkenaan. 

Kumpulan provokator tersebut hanyalah kelompok minoriti dan serpihan kecil.  Ini terbukti apabila  puluhan ribu rakyat Kedah hadir mendengar ceramah DSAI di perkarangan Stadium Darul Aman selepas peristiwa tersebut.

Adalah jelas, provokasi yang dilakukan  merupakan rentetan dari siri politik ganas dan samseng yang dilakukan oleh UMNO dan para pendokongnya, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan yang dialami apabila menyedari bahawa ia telah gagal menyekat sokongan berterusan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.

Kita sedia maklum, bahawa UMNO/BN  pernah secara angkuh memandang remeh dan hina akan  kebangkitan rakyat selama ini khususnya sejak 1998 lagi.  Malah UMNO/BN begitu yakin dan selesa bahawa reformasi rakyat ini, telahpun padam selepas berjaya memfitnah dan memenjarakan pemimpin reformasi ini DSAI.

Keputusan PRU 12 yang lalu, memang benar-benar mengejutkan UMNO.  Lantaran begitu tertekan dan terdesak,  mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, sehinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan putrajaya ‘at all cost’.   Demi mencapai matlamat ini, PERKASA hanyalah salah satu instrumen yang digunakan. 

Sesungguhnya, KEADILAN ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh PERKASA dan para pendokong UMNO ini, adalah amat merbahaya kepada kesejahteraan dan kebebasan rakyat.  Jika tidak ditampan, gejala ini pasti akan mengancam keselamatan Negara seluruhnya.  Amalan ini amat bertentangan dengan nilai dan akhlak bangsa Melayu dan Islam.  

Malah, ia merupakan serpihan dari budaya jahiliyah dan liar yang dilakukan oleh para penentang keadilan, kebenaran dan kebebasan sejak zaman berzaman.  Nabi Muhammad SAW  pun pernah dibaling batu dan kayu semasa menjalankan tugas dakwah dan tarbiyahnya kepada penduduk Makkah pada zaman baginda.

Hakikatnya, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.  Malah perbezaan pandangan itu merupakan suatu rahmat. Inilah kenyataan yang ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru, kita  menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong UMNO dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat ini secara secara sihat, matang dan bertamadun.

KEADILAN berpandangan bahawa langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik semasa adalah melalui debat dan perbahasan umum yang teratur dan terancang. Justeru, cadangan diadakan perdebatan di antara dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib sendiri – hendaklah diteruskan.  

Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.  Namun demikian, kita merasa amat kecewa DS Najib sendiri secara bersungguh-sungguh ingin mengelakkan ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh.  

KEADILAN juga menyeru agar  pihak berkuasa keselamatan Negara turut memberikan sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalam budaya politik aras tinggi.  Maka itu, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa. 
    
Sesungguh,  kesopanan dan kesusilaan adalah salah satu prinsip utama Rukun Negara.  Justeru,  KEADILAN ingin mengulangi dengan tegas bahawa kami akan tetap mempertahankan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamaddun dalam meneruskan misi perjuangan kami mencapai agenda memartabatkan kedaulatan rakyat.    Kami juga menyeru, agar seluruh penyokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat bersama-sama mempertahankan dasar dan amalan yang murni. 

Bersamalah kita mendoakan hasrat mulia menegakkan keadilan, kebebasan dan keamanan untuk seluruh tercapai dengan izin Allah, menuruti apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang bersabda:  “Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin”. 

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan 
Parti Keadilan Rakyat