Tuesday, February 9, 2010

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Adalah dimaklumkan Cabang Putrajaya menafikan laporan media menyatakan ahli KEADILAN Putrajaya telah melompat dan menyertai parti UMNO sebagaimana yang telah dilaporkan.

Laporan media telah menyatakan bahawa sdr Azmi Hasan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya; perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana senarai keahlian yang terkini dari ibupejabat parti bulan Janurai 2010, namanya tiada langsung dan oleh itu agak hairan bagaimana pengakuan ini boleh dibuat.

Manakala sdr Daud Ahmad yang disebut AJK Cabang Putrajaya yang turut dikatakan menyertai parti UMNO telah pun menafikan sekeras-kerasnya dan turut kesal bagaimana kenyataan ini boleh timbul.

Nama-nama lain yang disebut seperti dalam laporan media semuanya tiada dalam senarai keahlian kami yang terkini.

Oleh itu kami menyokong penuh saranan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) seperti yang dilaporkan media supaya ahli-ahli KEADILAN yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti adalah dialu-alukan.

Sekian.

Sekretariat Media

Cabang Putrajaya (Penaja)

9 Februari 2010

1 comment:

Unknown said...

Aku pelik ngan depa ni,

kalau nak dapat peruntukan komuniti penduduk pun kena jadik ahli UMNO
\
keparat sungguh