Perjumpaan Pemimpin Islam dan Kristian Jalan Terbaik
Rabu, 06 Januari 2010 | Ruangan: Berita
Shah Alam, 6 Jan - Dalam pada itu Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Mohamad Sabu menyokong usul Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menemukan pemimpin Islam dan Kristian di Malaysia bagi menyelesaikan perkara berhubung penggunaan kalimah Allah.
Pemimpin Pas itu menjelaskan dialog antara ilmuan harus digalakkan bagi menyelesaikan titik bengik antara agama sesuai dengan iklim demokrasi hari ini.
“Kalimah Allah tu di Malaysia ni, di sebelah sini memang sesuai untuk orang Islam sahaja. Tapi kalau orang bukan Islam nak guna kita tidak boleh paksa, tapi kita bimbang penyalahgunaan perkataan itu”, tegas beliau.
Mengulas dengan lebih lanjut, Mohamad Sabu berpendirian bahawa perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan di mahkamah sedangkan ianya bersangkut paut dengan kepenggunaan perkataan tersebut.
“Bukan soal mahkamah, di sini lebih soal sosio politik. Bukan A atau B cuma kita bimbang penyalahgunaan”.
Tambahnya lagi, “Ini saya lebih setuju kita bertemu dengan orang-orang parti-parti kristian di Malaysia”. - HADRI YAZIZ
No comments:
Post a Comment