"Harta Felda korporat lebih berganda dari Felda peneroka. Tanah diambil dari Negeri. Felda peneroka bincang nak cari pendapatan, Felda korporat bincang nak jual harta.
"Kalau kita tengok Filem P.Ramlee Antara Dua Darjat, tak ubah mengisahkan perbezaan antara Felda Korporat dengan Felda Peneroka, satu darjat korporat, dan satu lagi darjat peneroka.
"Pendapatan dimasukkan kedalam akaun Felda korporat, dan felda korporat menentukan berapa untuk sara hidup peneroka, berapa untuk baja, berapa untuk racun dan sebagainya.
"Berlaku ketidakadilan, kerja yang dilakukan oleh peneroka tidak setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi. Pembacaan akaun mesti menentukan Felda Peneroka boleh dapat pendapatan setimpal. Saya tahu saya boleh lakukan kerana saya pernah jadi eksekutif korporat dan juga menjaga ladang.
"Perdana Menteri tidak mahu faham. Kuasa tanah adalah dalam kuasa Kerajaan Negeri . Dulunya, Menteri Besar takut kepada Perdana Menteri, mereka sama-sama nak kelentongpeneroka.
"Kita buat kerja secara profesional, dan di Selangor, menjadi tugas Menteri Besar untuk menentukan peneroka mendapat hak mereka. Saya bukan saja menyokong, saya sekarang boleh beri hak tanah kepada peneroka.
"Kita akan semak semula Perjanjian. Peneroka yang membayar semua kos, setelah 15 tahun sudah selesai semuanya, tapi dalam tempoh 30 tahun mereka masih belum dapat geran tanah.
"Saya nak perkenalkan Datuk Zaid dan saya lantik beliau sebagai Ketua Petugas agar Peneroka Felda dapat hak mereka. Zaid boleh tulis dan buat Perjanjianbaru. Beliau akan lakukan.
"Kita akan ada dokumennya, Zaid bersama dengan Wawasan Kedua akan semak semula Perjanjian yang dibuat oleh Felda, kita akan dapat satu rundingan yang memihak kepada Peneroka.
"Dalam masa 3 bulan kita akan keluarkan satu kenyataan, kuasa penentu terletak ditangan Peneroka Felda.
"Semalam PM beri wang RM50,000 kepada Peneroka Sg Buaya. Tapi dia kena ingat, tanah berada dibawah kuasa Negeri; kalau tidak berintegriti kita pinta wang itu dipulangkan.
"Kita mahukan perumahan yang baik untuk mereka, Kerajaan (Selangor) bersedia buat penempatan untuk Generasi Kedua. Tugas ini saya berikan kepada YB Azmin Ali, dia Exco bertanggungjawab kepada PKNS.
"PR mahu keadilan untuk semua. Kalau ekonomi tumbuh, kenapa tidak Peneroka mendapat faedah darinya?
"Saya ulang balik seperti berikut:
(1) Jawatankuasa Petugas - Sdr Zaid Ibrahim tentukan pemilikannya dan dalam 3 bulan kita selesai tugas ini;
(2) Sdr Azmin Ali bertanggungjawab di PKNS untuk melaksanakan kawasan penempatan iaitu tanah-tanah yang berdekatan untuk Generasi Kedua Felda.
"Bekas MB yang dulu tak berani buat dan tak ada idea nak buat, dalam 2 tahun 1 bulan ini dah banyak kita buat untuk rakyat Selangor, dan kini kita mahu martabatkan masyarakat Peneroka Felda"
Dengan kata-kata itu Yang Amat Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim menutup secara Rasmi Himpunan Peneroka Felda anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pada 24hb April 2010 jam 4.00 petang di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.
No comments:
Post a Comment