Monday, April 19, 2010

SAJAK PRK HULU SELANGOR...

MENGENAI KAKI

Mengenai kaki
Binatang ada kaki
Burung ada kaki
Cicak ada kaki
Ayam ada kaki
Kerusi ada kaki

Kaki ada berbagai jenis
Kaki judi
Kaki betina
Kaki arak
Kaki botol
Kaki bodek
Kaki ampu
Kaki tipu
Ada macam macam kaki
Ada perempuan dan lelaki
Manusia ada silap dan salah
Dalam hati ada daki

Bila hati berdaki
Perlu diubati
Dengan zikrullah
Dengan taubat nasuha
Allah boleh ampunkan dosa kita
syaratnya beriman dengan Quran dan Sunnah
Syarat betul aqidah
Ini ada pada calon PKR
Zaid Ibrahim tahu peranan taubat
Mahu berkhidmat
Mahu membela rakyat
Mudah bila jadi ahli dewan rakyat
Undi Zaid Ibrahim bermanfaat

Anak sulung belajar berenang
Tiba-tiba sangkut dijala
Bukan saja boleh menang
Menumbangkan dacing dapat pahala.

No comments: