Tuesday, April 28, 2009
Wednesday, April 22, 2009
RABU, 22 APRIL 2009
KERAJAAN SELANGOR TAMATKAN PERBALAHAN PENDUDUKAN TANAH DENGAN KAUM TEMUAN DALAM KES SAGONG TASI
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
Tuesday, April 21, 2009
Lebih banyak tapak rumah murah di Putrajaya...!!
PUTRAJAYA: Lebih banyak tapak untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana akan disediakan di kawasan Putrajaya bagi menampung permintaan kakitangan kerajaan yang ramai menyewa di situ serta memberi peluang mereka memiliki rumah selepas bersara.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, berkata pada masa ini kira-kira 2,000 unit rumah kos rendah dan sederhana yang aad di Putrajaya sudah diduduki. "Selepas pencen, kebanyakan kakitangan kerajaan terutama mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli rumah di Putrajaya kerana harganya mahal.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI..!!
Dalam blognya, Dr Mahathir menulis bahawa Najib perlu menerima hakikat yang serangan media asing terhadap peribadinya akan berterusan dan mengingatkan beliau perkara yang penting ialah ”apakah pandangan rakyat” Malaysia terhadap kempen itu.
”Dari Perancis ke Britain hingga ke Australia, laporan-laporan yang disiarkan adalah seiras dan membawa mesej yang sama – Perdana Menteri baru Malaysia adalah seorang yang rasuah dan terbabit dalam satu kes pembunuhan,” kata Dr Mahathir.
Monday, April 20, 2009
Kebelakangan ini terpampang di muka hadapan media Umno-BN yang berkemungkinan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.
Alasan yang diberi Datuk Sri Najib kononnya pemilihan ini akan membazirkan duit rakyat. Gesaan agar jangan membazir tidak terbatas dalam pilihanraya sahaja, seharusnya ianya juga mengambil kira kaedah kempen, sogokan wang dan cambahan projek serta pesta. Amalan rasuah, komisyen, pesta-pestaan masih ketara dalam amalan pimpinan negara. Ini wajib dihentikan segera.
Isu Mohammad Fairus dan Penanti dijelaskan sendiri oleh beliau dalam kenyataannya. Inshaallah kita akan pastikan wakil yang dipilih nanti mampu menggalas tanggungjawab termasuk kekuatan menangani masalah masyarakat Melayu dan rakyat miskin lainnya. Maka seandainya Datuk Sri Najib jujur dengan perakuannya, Umno wajar mengiktiraf hasrat rakyat Penanti dengan tidak mengemukakan calun.
Saya tidak menolak betapa pentingnya usaha membawa negara ini keluar dari kegawatan. Namun sikap hipokrit bukanlah caranya memulihkan ekonomi negara. Saya tertanya-tanya — apakah dengan memberikan komisyen berjumlah RM 510 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. untuk pembelian kapal selam Scorpene dan pemberian tender secara tertutup projek jalur lebar berdaya laju bernilai RM 11.31 bilion tidak membazirkan wang rakyat?
ANWAR IBRAHIM
Thursday, April 16, 2009
anda boleh layari pautan di bawah: -http://www.time.com/time/specials/2007/article/0,28804,1733748_1733757_1735709,00.html
Tuesday, April 14, 2009
Monday, April 13, 2009
Saturday, April 11, 2009
PUTRAJAYA: Sebahagian kawasan wad di tingkat 3 Hospital Putrajaya terbakar akibat panahan petir ketika hujan lebat pada jam 4.38 petang tadi. Difahamkan api bermula di wad bersalin hospital berkenaan dan pesakit di wad berkenaan dan wad lain di aras itu sudah dipindahkan. Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian sudah memandamkan kebakaran dan sedang menyiasat punca kebakaran dan kerosakan kepada bangunan.
Bangunan hopital itu kini dikawal ketat anggota polis dan wartawan tidak dibenarkan masuk membuat liputan.
Friday, April 10, 2009
Pakatan Rakyat Menang Lebih 400 Undi Majoriti di Batang Ai
"Victory without glory", itulah kata-kata calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai, Jawah Gerang, terhadap kemenangan Barisan Nasional yang didakwa beliau dicapai melalui penipuan.Beliau mendakwa menang dengan majoriti lebih daripada 400 undi tetapi dinafikan kemenangan disebabkan penipuan yang dilakukan oleh BN dengan dibantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis.
Sebagai mengukuhkan dakwaan beliau, Jawah berkata kira-kira 10 daripada sejumlah 24 peti undi di DUN Batang Ai didapati tidak berkunci dan ini menimbulkan kesangsian bahawa keselamatan peti-peti undi tersebut telah diceroboh. "Kita kalah di semua peti undi yang tidak berkunci itu tetapi menang yang mana peti-peti undi dikunci. Pada perkiraaan kasar kami, Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi Batang Ai dengan majoriti lebih 400 undi." kata beliau ketika dihubungi TV Antara.
Mengulas dakwaan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kekalahan Pakatan Rakyat 7 April lalu disebabkan beberapa peti undi digugurkan ke laut dari helikopter dan perahu, Jawah, 55, berkata dakwaan itu ada kebenarannya."Sumber-sumber dalaman kami memberitahu bahawa pihak polis dan SPR mengadakan beberapa mesyuarat rahsia yang kami percayai ada hubung kait dengan manipulasi pilihan raya kecil ini.
Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu itu juga mendakwa BN telah melanggari peraturan pilihan raya dengan memberi rasuah, projek-projek pembangunan dan pelbagai janji bagi meraih undi.Beliau mendakwa setiap rumah panjang di DUN Batang Ai didatangi oleh kira-kira 20 kakitangan Kemas dan Jasa.
"Mereka tinggal bersama-sama penghuni rumah panjang dan memaksa mereka menyokong BN dengan memberi wang antara RM50 sehingga RM1,500 seorang."Sekiranya SPR serius menguatkuasakan undang-undang pilihan raya mereka sepatutnya isytiharkan pilihan raya kecil Batang Ai batal kerana penyelewengan yang dilakukan BN," tegas beliau.
Jawah berkata lagi beliau dan penyokong Keadilan di DUN Batang Ai akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau segala janji-janji BN berkaitan projek pembangunan di kawasan itu yang berjumlah RM80 juta.Ini termasuk projek infrastruktur, jalur lebar, jalan raya dan lain-lain projek.
Mengenai sokongan pengundi Batang Ai terhadap Pakatan Rakyat, Jawah berkata kewujudan Keadilan di DUN tersebut baru kira-kira setahun tetapi sudah pun ahli yang ramai sekitar 1,000 orang terutamanya dikalangan golongan muda. "Kami bertambah semangat untuk menumbang BN dalam pilihan raya negeri akan datang kerana apa gunanya kemenangan kalau menipu," ujar beliau.Jawah berkata peguamnya kini sedang merangka tindakan undang-undang yang sesuai susulan dakwaan penipuan BN dalam pilihan raya kecil Batang Ai.
KENYATAAN AKHBAR
SELANGOR POHON PENJELASAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor, melalui pejabat peguam yang telah dilantik, telah pun menulis surat rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapat kepastian tentang kedudukan dana sejumlah RM9.9 juta kepunyaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri -Isteri Selangor (BALKIS).
Dalam surat yang bertarikh 06 April 2009, Kerajaan Negeri antara lain meminta pengesahan jika benar Jabatan Insolvensi sedang mengendali dana tersebut sepertimana yang telah diberitahu oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Puan Tairah binti Yusof kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) dalam satu siasatan minggu lepas.
Jika benar dana tersebut adalah dalam pengendalian Jabatan Insolvensi Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor meminta agar dana tersebut diberi dan diamanahkan kembali kepada pihak Kerajaan Negeri untuk tindakan sewajarnya.
Perlu ditegaskan disini, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tanggungjawab terhadap dana RM9.9juta tersebut memandangkan dana tersebut adalah, antara lain, hasil sumbangan agensi-agensi Kerajaan Negeri. Tambahan pula, mengikut nasihat undang-undang yang diberi kepada Kerajaan Negeri, pembubaran BALKIS adalah salah di sisi undang-undang.
Kerajaan Negeri Selangor berharap Jabatan Insolvensi akan bersikap professional dalam mengendali kes ini dengan memberi pengesahan yang diperlukan secepat mungkin.
NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Wednesday, April 8, 2009
SEMUA JENTERA
PKR PUTRAJAYA....!!!
SEBENARNYA
Kalau dicampurkan semua jumlah undi calon Bebas iaitu 1299 dan sekiranya mereka tidak bertanding, YB S. Manikumar mampu mendapat majoriti undi 3702....!!
2. Tan Hock Huat (kunci) - 78
3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25
4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83
5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60
6. L Sarala (basikal) - 49
7. A Jayagopal (payung) - 35
8. S Moganakumar (buku) - 46
9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29
10. Husaini Yaacob (bas) - 257
11.M Vaneson (ikan) - 32
12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73
Saturday, April 4, 2009
TERKINI
Sebentar tadi YB SAIFUDIN NASUTION telah menyatakan terdapat WANITA UMNO telah menggunakan kertas undi seakan- akan menyerupai kertas undi sebenar.Kertas undi mirip sebenar itu di gunakan WANITA UMNO untuk mengajar mak cik-mak cik tua untuk mengundi.Ini sudah semestinya akan menimbulkan keraguan dari mana WANITA UMNO memperolehi kertas undi mirip sebenar.
Jika di lihat ia seakan serupa dengan kertas undi YANG SEBENAR.Perkara ini perlu di pandang serius,kerana kita bimbang pihak BARISAN NASIONAL akan mengambil kesempatan dan manipulasi kertas undi tersebut.Kita sedia maklum bahawa BARISAN NASIONAL akan mengambil kesempatan.Dengan kehadiran pengundi hantu yang di kesan beberapa hari lalu bukan mustahil jika kita leka kita akan tewas di BUKIT SELAMBAU.Berbaki 3 hari dari sekarang ia menjadikan setiap hari itu berharga dan perlu di manfaatkan sebaik mungkin.
JUMAAT, 3 APRIL 2009
SELANGOR MENDAMBAKAN PERDANA MENTERI
“YANG ADIL DAN PROFESIONAL”
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-6. Bagi pihak rakyat negeri Selangor, Pentadbiran Kerajaan Negeri mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Najib dan semoga beliau dapat mentadbir urus negara Malaysia dengan lebih adil dan profesional.
Dalam hal mentadbir urus negara Malaysia ini, Kerajaan Negeri Selangor berharap Datuk Seri Najib sentiasa menghormati konsep persekutuan sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan 1956, yang dengan jelasnya menyatakan hak-hak kerajaan negeri dalam hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.
Justeru itu, dasar-dasar baharu perdana menteri nanti dan keputusan-keputusan yang dibuat hendaklah tidak dipengaruhi oleh perbezaan politik di peringkat Negeri yang berbeza daripada dasar-dasar di peringkat Persekutuan.
Hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memang dilihat agak aneh di Malaysia, namun begitu konsep sedemikian berjaya dilaksanakan di negara-negara Komanwel lain yang maju seperti Australia, Canada, New Zealand dan India.
Dalam aspek ekonomi, Kerajaan Negeri Selangor percaya tugas utama dan terpenting Datuk Seri Najib tentunya untuk mengurus ekonomi Malaysia bagi memastikan negara ini berjaya menghalang impak kegawatan, sebaliknya menyuburkan pertumbuhan bagi masa hadapan negara yang lebih aman dan sejahtera.
“Secara peribadi, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai permulaan yang baik sebagai perdana menteri kerana kerjaya beliau dipayungi legasi ayahanda beliau, Allayarham Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Ke-2, yang banyak berjasa terhadap pembangunan Malaysia,” kata Tan Sri Abdul Khalid.
Wassalam.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.
Friday, April 3, 2009
1.00 - 3.30 ptg - Sembahyang Jumaat (Masjid Kuala Sin) disusuli dengan program jamuan Rakyat