Tanggal 25 Mei 09 akan menjadi kenangan kepada Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah apabila menjadi tuan rumah kepada Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sejak diberikan tanggungjawab sebagai Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan ceramah tersebut, semua AJK Bahagian, AMK dan Wanita Bahagian Gelang Patah serta bantuan dari AMK Pasir Gudang, AMK Bahagian Tenggara serta AMK Simpang Renggam pula membantu dari segi logistik, telah bergabung tenaga, bertungkus lumus membuat persiapan ceramah termasuk promosi.
Edaran "handbill" sebanyak 35,000 helai telah di edarkan diseluruh Parlimen Gelang Patah, Johor Bahru, Senai, Pasir Gudang dan Tenggara. Terima kasih kepada Timbalan Ketua AMK Bahagian Tenggara, Sdr. Zainal yang mana beliau bersama 4 AJK AMK Tenggara telah bersama-sama mengedarkan "handbill" sehingga ke jam 2 pagi.Begitu juga ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Zulkifli Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah) yang mengizinkan kami menggunakan Dewan Ar-Razi sebagai tempat Ceramah tersebut. Bantuan dari Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah kami amat2 menghargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan pihak Polis yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan program ceramah tersebut, namun setelah saya dan Sdr. Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) berbincang dan menerangkan keadaan sebenar, Alhamdulillah OCPD Johor Bahru Utara akhirnya telah membenarkan dengan syarat penceramah mesti berada di dalam bangunan. Khemah dan pentas yang telah tersergam gagah dan indah terpaksa dibiarkan kosong.Perasaan kecewa kami yang terpaksa akur dengan kehendak pihak Polis akhirnya terubat dengan kehadiran kira-kira 7,000 orang.
No comments:
Post a Comment