KUALA LUMPUR 8 Mac (SK)- KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat perlu tegak di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan dam konteks Malaysia.
Beliau memulakan ucapan pidato di Auditorium Majlis Bandaraya Shan Alam (MBSA) sempena ‘Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat’ petang tadi dengan mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu dan ketuanan rakyat tidak berkaitan tentang kekuasaan semata-mata.
Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kebudayaan punyai oleh masyarakat berbilang kaum. Maka kerajaan harus ditentukan oleh rakyatnya sendiri.
Fahaman ketuanan satu kaum yang disebarkan oleh Umno sungguh tidak berasas. Mereka dengan sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah.
“Rakyat ternyata lebih bijak dari peramal politik seperti tukang tenung politik yang meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang,” kata Anwar
“Jentera dan dana yang digunakan oleh BN menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat - Keadilan, DAP dan Pas yang terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia,” jelas beliau.
BERITA SETERUSNYA SILA KLIK DISINI.
No comments:
Post a Comment