Thursday, March 26, 2009

SELANGOR SERTAI KEMPEN 'EARTH HOUR'....!!!


KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2009

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan besar hati mengumumkan kesediaan menyertai
kempen pada hari sabtu ini 28hb mac 2009, jam 8.30 malam. Berjuta rakyat di dunia akan memadamkan lampu selama satu jam sempena simbolik komitmen untuk mengurangkan pemanasan global dunia.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang paling membangun di Malaysia, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap pemasalahan ini serta menyedari tanggungjawab besar bagi
merencanakan satu jalan penyelesaian. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya menyatakan bahawa semua anak syarikat akan turut serta dalam kempen ini termasuk juga semua bangunan-bangunan Kerajaan serta pusat membeli belah.

Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah
merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada
pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang.

Kerajaan Negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesan
pemanasan global seperti kurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan tenaga secara lebih berhemah, berjalan kaki atau mengayuh basikal bagi menggantikan kenderaan, menggunakan pengangkutan awam berbanding menngunakan kenderaan sendiri dan terus memelihara serta memulihara hutan dan alam sekitar.

Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah merupakan satu pelaburan bagi generasi akan datang dan juga adalah sebahagian daripada pakej rangsangan termasuk plan pengangkutan yang menyeluruh serta melindungi kawasan-kawasan sensitive yang juga merangkumi polisi baru Kerajaan Negeri.

Sejak setahun yang lalu, rakyat Selangor telah mengundi untuk perubahan dan Kerajaan Negeri
juga berharap semua rakyat akan dapat turut serta member sokongan bagi melindungi alam
sekitar. Sabtu ini, rakyat Selangor akan mencipta sejarah menjadi rakyat paling ramai di Malaysia yang menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: